"Apa yang berlaku, saya dimasukkan ke wad disebabkan Rotav1rus. Ia adalah v1rus yang kena disebabkan kotoran. Sama ada pengendali makanan itu kotor atau makanan itu ada r@cun ataupun ada pembawa Rotav1rus itu.
"Jadi, pada awalnya semasa di Bali okay sahaja dan tak ada rasa s@kit perut atau apa. Saya makan di kedai-kedai popular. Tak sangka pula akan kena sebab selalunya, saya cuma dengar, selalunya pelancong yang alami perkara ini selepas makan dari gerai tepi jalan dan sebagainya. Tapi, saya makan di restoran yang 'proper'.
"Jadi, bila saya balik Malaysia, semasa di lapangan terbang KLIA saya terus ke toilet sebab tak tahan. Sejak itu, saya buang air lebih kurang 20 kali dalam 24 jam. Ibaratnya dah macam air terjun. Memang keluar air saja."
Demikian jelas penyanyi Ryan Deedat yang kini dirawat di sebuah hospital swasta di ibu kota selepas disahkan menghidap Bali Belly atau ker@cunan makanan selepas pulang dari Bali, Indonesia.
Ryan yang ditah@n di hospital sejak tiga hari lalu itu berkata, dia tidak pernah menyangka akan melalui pengalaman tersebut kerana hanya makan di restoran popular dan menyakinkan dari sudut kebersihan.
"Mula dengan s@kit perut mencucuk-cucuk, kemudian pening dan juga demam. Hari kedua memang saya tak tahan sangat, sampai saya ke hospital. Bila saya dah mula pening-pening, saya terus ke hospital. Awalnya, saya fikir ini benda biasa. Rupa-rupanya, ini bukan benda biasa dan agak s£rius.
"Bila dijalankan pemeriksaan, memamg ini Rotav1rus. Saya ditah@n lebih kurang tiga hari dan dijangka akan ditah@n lebih lama sehingga lima ke enam hari lagi," kata penyanyi lagu 'Kena Sidai' itu, dimana gejala yang dialaminya sangat t£ruk sehingga memaksanya untuk mendapatkan rawatan di hospital.
Ujar Ryan lagi, pengalaman ini mengajarnya supaya lebih berjaga-jaga dari sudut pemakanan saat berada di Bali pada masa akan datang.
"Saya rasa betul-betul nak pengsan sampai tak boleh jalan dengan betul. Ini sesuatu yang saya tak pernah lalui. Ini adalah pengalaman yang sangat p£rit sampai saya macam f0bia dengan Bali walaupun saya sangat sukakan Bali.
"Kalau selepas ini nak ke sana lagi, saya akan ambil langkah berjaga-jaga dari segi makan dan minum," tuturnya yang akui tr@uma dan f0bia dengan apa yang berlaku.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
![Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...](http://www.linkwithin.com/pixel.png)
No comments:
Post a Comment