"Alhamdulillah, pembedahan semua sempurna, anak dan isteri kedua-duanya okay. Sangat bersyukur Allah memberi kami rezeki ini. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang menitipkan ucapan tahniah."
Demikian kata penyanyi legenda, Datuk Jamal Abdillah, 66, melalui aplikasi WhatsApp, dimana dia meluahkan rasa kesyukuran apabila isterinya, Datin Zai Izzati Khiruddin, 29, selamat melahirkan cahaya mata ketujuh mereka, bayi perempuan seberat 2.94 kilogram (kg) pada jam 9.38 pagi tadi.
Difahamkan, Jamal mahu memberi nama 'Magdalena Yamani', iaitu gadis yang dipuja Nabi Yusof kepada cahaya mata kelima hasil perkongsian hidup dengan isteri, Datin Zai Izzati Khiruddin, 29.
Klik untuk gambar besar
Selain itu, Jamal juga mempunyai lagi anak lelaki hasil perkahwinan terdahulunya iaitu Osama Yamani, 22, dan Ahmad Zaki Yamani, 18.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
No comments:
Post a Comment