04 January 2025

BERHASRAT TUNAI HAJI BUAT KALI PERTAMA TAHUN INI - AERIL ZFREL & WAWA ZAINAL MOHON DOA DIPERMUDAHKAN



"Jika diizinkan Allah kami memang berniat nak buat ibadah haji tahun 2025. Doakan urusan kami dipermudahkan sebab persiapan kali ini perlu dibuat dengan lebih awal dan teliti. Kadang-kadang kalau ada banyak duit tapi Allah tak izinkan ia tidak akan jadi juga."

Demikian kata pelakon Aeril Zafrel, 36, dimana dia dan isterinya, Wawa Zainal, 33, berhasrat menunaikan ibadah haji buat kali pertama tahun ini dan berhubung itu mereka memohon doa agar urusan mulia ini dipermudahkan.

Aeril atau nama sebenarnya Suhairil Sunari, berharap impian menunaikan ibadah haji pada Jun depan dipermudahkan, selain mengaku persiapan ibadah haji memerlukan persediaan fizikal, ment@l, dan rohani yang lebih mendalam walaupun pernah mengerjakan umrah.

Klik untuk gambar besar

Sementara itu, Aeril juga men£gaskan, dia dan isterinya tidak berniat untuk bersikap ri@k atau menunjuk-nunjuk jumlah yang disalurkan kepada golongan memerlukan, ketika ditanya berhubung isu pembayaran zakat perniagaan RM1 juta kepada Lembaga Zakat Selangor tahun lalu.

"Membayar zakat adalah tanggungjawab setiap muslim. Kami tiada niat nak menunjuk jumlah zakat yang kami bayar tetapi kami ingin mengajak peniaga-peniaga Islam seluruh Malaysia supaya menunaikan tanggungjawab mereka.
"Sebenarnya lembaga zakat sendiri yang meminta kami war-warkan kepada masyarakat. Sebab itulah pihak mereka datang ke pejabat untuk bergambar dan memberikan cenderahati kepada syarikat kami.

"Bagi saya setiap niat yang dilakukan bergantung kepada diri masing-masing. Cuma saya tidak langsung terfikir nak bersikap riak atau ingin menunjuk-nunjuk jumlah duit zakat yang disalurkan," ujar Aeril dimana bagi dia dan Wawa, pembayaran zakat bukan sahaja satu kewajipan tetapi juga peluang untuk memberi manfaat kepada masyarakat.

"Sebagai usahawan, saya ada ramai kakitangan dan penjual semula produk yang begitu terinspirasikan dengan apa yang kami lakukan ini," katanya yang dikurniakan empat cahaya mata hasil perkahwinannya bersama Wawa.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: