Semalam pada 3 Januari, ratu jazz tanah air iaitu Datuk Sheila Majid atau nama sebenarnya, Shaheila Abdul Majid telah menyambut hari lahirnya yang ke-60 tahun.
"Happy birthday to the love of my life and mother of my children. Still looking the same when I married you," tulis suami kepada Datuk Sheila yang juga pemuzik, Dato' Acis dimana dia membuat k£jutan hari lahir istimewa buat isteri tercintanya itu.
Meskipun usianya sudah mencecah 60 tahun, namun Datuk Sheila masih kekal 'maintain' apabila dikurniakan tubuh yang kecil molek dan raut wajah menawan yang sentiasa nampak berseri dan awet muda.
Klik untuk gambar besar
"Happy birthday to my mama! My gang forever! You're an amazing and special woman, who deserved nothing short of the universe. Thank you for all the sacrifices you made a real renegade. I love you, ma!" ucapnya.
Untuk makluman, penyanyi lagenda ini sah bergelar isteri kepada Dato' Acis atau nama sebenarnya Hashridz Murshim Hassim pada 3 Jun 2003.
Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Khadeja Zaireen Murshim dan Khalefa Laila Murshim.
Datuk Sheila turut mempunyai dua cahaya mata lain hasil perkahwinan terdahulu, Wan Nur Khaleeda dan Megat Abdul Majid.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
No comments:
Post a Comment