"Ya, kami sedang berkawan baik. Cuma, saya tidak mahu ulas panjang mengenainya memandangkan saya bukanlah individu yang terbabit dalam dunia seni seperti Erra. Jadi, saya lebih senang mengambil pendekatan 'low-key' memandangkan kami pun hanya berkawan baik dan tidak lebih daripada itu.
"Memang saya dan Erra sudah kenal lama, cuma kami baru sahaja rapat. Saya pun terk£jut berita berkaitan keluar sebab pada masa sekarang, kami hanya berkawan. Saya harap perkara ini tidak memberikan tek@nan kepada Erra mahupun saya sendiri. Apapun, saya ucapkan terima kasih atas doa yang baik-baik."
Itulah jelas seorang ahli perniagaan yang hanya mahu dikenali sebagai Mr E, dimana dia mengesahkan dirinya adalah individu yang mendapat ucapan istimewa daripada pelakon dan penyanyi popular, Erra Fazira seperti yang tular, baru-baru ini.
"Sudah tentu saya senang dengan sikapnya sebagai wanita profesional, matang dan boleh dibawa berbincang mengenai apa sahaja perkara. Jadi, keakraban wujud atas dasar keserasian.
Klik untuk gambar besar
Sementara itu, Erra atau nama sebenarnya, Fazira Wan Chek, 50, pula enggan mengulas lanjut sejauh mana hubungan dia dan Mr E kerana enggan pisang berbuah dua kali.
"Berilah peluang. Kami baru nak kenal. Kalau boleh saya tak mahu komen banyak-banyak. Kalau tak jadi, saya juga yang malu," tutur Erra yang juga menjelaskan, ucapan selamat ulang tahun ditujukan kepada seseorang yang istimewa itu tular hanyalah sebagai satu k£jutan buat temannya itu.
"Secara umumnya, ia hanyalah ucapan selamat menyambut ulang tahun kelahiran buat rakan yang mungkin beri kejutan buatnya. Itu sahaja," ujarnya yang dalam masa sama turut menyatakan dia menghargai doa yang dititip peminat.
"Allahuakbar! Terima kasih doakan yang baik-baik. Mudah-mudahan yang terbaik juga buat kita semua. Amin," ungkap ibu kepada Engku Aleesya yang kini berusia 16 tahun.
Difahamkan, Mr E turut membuat satu hantaran penghargaan selepas penyanyi lagu 'Pasrah' itu menemaninya makan malam semalam.
"Terima kasih kerana sudah belanja makan malam awak! Selamat tahun baharu dan Salam Rejab," tulisnya di Instastory sambil memuat naik foto memaparkan Erra.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
No comments:
Post a Comment