04 January 2025

ANAK BONGSU SELAMAT BERNIKAH - SHEILA RUSLY TERIMA MENANTU MUALAF



Tahniah diucapkan kepada pelakon dan penerbit, Sheila Rusly yang menerima menantu lagi selepas anak bongsunya, Luth Mikhail selamat disatukan dengan pasangannya, Beatrice Chitra dalam satu majlis akad nikah yang berlangsung semalam di sebuah hotel di Genting Highlands, Pahang.

Menerusi perkongsian gambar dan video, Luth yang merupakan ketua pegawai eksekutif rangkaian restoran milik keluarganya itu tampil bergaya memakai persalinan serba putih dan begitu juga isterinya yang kelihatan anggun mengenakan busana berona sama.

Bukan itu sahaja, malah momen malam berinai bersama ahli keluarga serta kenalan terdekat turut dikongsikan ahli keluarga pasangan ini menerusi laman sosial.

Klik untuk gambar besar

Sementara itu, menantu sulung Sheila juga pelakon iaitu Elisya Sandha juga tidak ketinggalan mengabadikan hari bersejarah adik iparnya bersama pasangan dalam laman sosialnya.

Sekitar Ogos tahun lalu Sheila pernah memberi bayangan bakal bermenantukan Beatrice atau nama panggilannya, Bea.

Mereka sekeluarga juga pernah menemani pasangan anak bongsunya itu mengucapkan syahadah memeluk Islam di sebuah masjid.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: