05 January 2025

UPDATE FULL VIDEO: BILA THALITA SEBAK NYANYI LAGU ARWAH IBU, SITI SARAH DI BUKIT BINTANG



Malam tadi, anak kedua kepada pelawak dan usahawan, Shuib, 40, iaitu Dzahira Talita Zahra (Thalita), 11, telah membuat persembahan secara 'busking' buat kali pertama di hadapan orang ramai bersama Radio Era di Bukit Bintang.
Menerusi perkongsian video, Thalita dilihat sebak ketika menyampaikan lagu arwah ibunya, Siti Sarah Raissuddin berjudul 'Kesetiaan'.

"Semoga Allah permudahkan urusan Thalita, daddy akan selalu ada di belakang Thalita, I'm your biggest fan. Satu keluarga akan turun beri sokongan pada awak," tutur Shuib yang berkata, anak perempuannya itu memang sudah lama menanti peluang untuk membuat persembahan dihadapan orang ramai.

Dalam pada itu, bapa kepada arwah Siti Sarah iaitu pelakon dan penyanyi veteran, Raissuddin Hamzah mendedahkan cucunya, Thalita baru seminggu memberitahu dia mahu menjadi seorang penyanyi seperti arwah ibu dan datuknya.


TONTON VIDEO THALITA SEBAK NYANYI LAGU ARWAH IBU, SITI SARAH DI BUKIT BINTANG

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: