05 January 2025

CERIA TERIMA KUNJUNGAN TEMAN SEANGKATAN - KOMPOSER ZUL MAHAT SEMAKIN STABIL



Komposer Zul Mahat yang kini semakin stabil selepas dirawat di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) sejak 10 hari lalu itu begitu ceria ketika menerima kehadiran rakan baiknya iaitu Datuk M Nasir dan ramai lagi kenalan pada petang kelmarin.
"Nampak kegembiraan dia menyambut kunjungan M Nasir dan isteri, Datin Marlia Musa bersama 'rombongannya' iaitu Tam Spider, Nan, Firdaus, Omar K dan Tom Anuar.

"Turut serta ialah Ramli Rebana, Keon dan isteri, Jenny dari Luncai Emas, Jenny Chin dan Norman. Penyanyi latar Eja dan Widy yang juga vokalis Gerhana Ska Cinta juga hadir semalam (kelmarin).

"Saya dapat saksikan Zul Mahat tak henti-henti bercakap walaupun dalam keadaan terbaring dan menggunakan alat bantuan pernafasan," kata Rosnah Abdul Aziz, teman rapat komposer yang aktif menghasilkan lagu pada era 1990-an.

Menurutnya, paling menarik apabila dia meminta adik angkatnya Bai menyanyi dan permintaan ini disambut oleh Bai bagi menceriakan keadaan.

"Sebenarnya kedatangan kawan-kawan memberi sunt1kan semangat dan moral untuk dia jadi lebih kuat berdepan ujian hidupnya. Sebelum ini dia dikunjungi oleh Datuk Nora, dan Amran Omar.

"Zul Mahat akan terus menerima rawatan di sini sehingga benar-benar pulih. Setakat ini doktor belum maklumkan bila dia boleh keluar hospital. Lagipun dia masih bergantung pada oksigen," jelasnya.

Terdahulu, komposer lagu 'Sahabat' nyanyian Fauziah Latiff dan 'Sesat Dalam Gelita' nyanyian Spider ini dik£jarkan ke PPUM pada penghujung Disember lalu selepas terj@tuh semasa membuat rawatan dialisis di sebuah pusat dialisis di Subang Jaya.

Kejadian itu menyebabkan Zul Mahat mengalami keced£raan di bahagian dagu, mata serta pat@h tangan kanan dan bahu kanan.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: