05 January 2025
SHARNAAZ AHMAD RINDU PADA ARWAH PAPA : "PAPA SELALU TANYA, 'SH00TING MACAM MANA?... LUAR KELIHATAN OKAY, DALAM HATI INI TETAP KOSONG..."
Semua sedia maklum mengenai pelakon Sharnaaz Ahmad, 40, dimana dia telah kehilangan bapanya, Allahyarham Bazir Ahmad yang meninggal dunia pada 27 November tahun lalu.
Menerusi perkongsian di Instagram, Sharnaaz telah meluahkan rasa rindu tak terhingga terhadap arwah bapanya itu dan paling dirindukan adalah betapa arwah bapanya sangat ambil berat sewaktu dia bekerja apabila akan menghubunginya untuk memeriksa keadaannya.
"Papa selalu tanya, 'shooting' macam mana? Dah nak habiskah? Tapi apa yang selalu papa katakan selepas itu, awak jaga diri elok-elok ya, dan pergi buat kerja, papa saja-saja 'call' periksa.
"Hari-hari saya masih penuh dengan kerinduan pada papa. Walaupun di luar saya kelihatan okay, dalam hati ini tetap kosong tanpa kehadirannya," katanya.
Dalam pada itu, akui Sharnaaz, kehilangan seorang bapa adalah kehilangan yang tidak dapat diukur dengan kata-kata.
Sharnaaz sedar bahawa tidak mudah untuk menerima kenyataan bahawa bapanya sudah tiada. Namun, dia berusaha keras untuk meneruskan kehidupan dan memenuhi harapan yang ditinggalkan oleh bapanya.
"Saya bekerja tanpa henti setiap hari. Saya tahu papa tak mahu saya berhenti, jadi saya teruskan apa yang saya buat," ujarnya yang turut menzahirkan rasa syukur kerana sempat menikmati setiap detik indah bersama arwah bapanya sebelum pemergiannya.
"Saya rasa beruntung dapat menjadi anak papa. Walaupun saya banyak buat sal@h, papa tetap sayang saya. Saya minta maaf kalau ada waktu saya tak buat papa bangga. Tapi saya cuba sebaik mungkin," tuturnya.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
No comments:
Post a Comment