09 January 2025
BERSYUKUR KISAH PERCERAIAN TIDAK HEB0H DI MEDIA SOSIAL - LINDA JASMINE AKUI SUDAH BIASA SEORANG & URUS SEMUANYA SENDIRI
"Sebelum saya kahwin dengan Que, saya sudah biasa seorang dan semuanya (urus anak) saya buat sendiri. Jadi, sebenarnya tak ada beza, sama saja (selepas perceraian).
"Hubungan saya dengan dia (Que) juga okay, tiada masalah. Kami berpisah (cerai) secara baik, Alhamdulillah. Memang kami okay, tiada mas@lah. Tak ada gementar ke apa. Tak ada."
Itulah jelas guru tari profesional, Linda Jasmine Hashim, 52, dimana dia menyifatkan kehidupan dilaluinya kini selepas bercerai dengan pelakon Que Haidar, 46, tiada apa-apa perbezaan.
Kata Linda, walaupun masing-masing sudah tiada ikatan sah dan membawa haluan sendiri, namun hubungannya dan Que juga tetap baik demi anak-anak.
Perceraian pasangan ini menerima pandangan baik daripada wargamaya kerana ia tidak diuar-uarkan di media sosial.
Mengulas perkara itu, Linda memberitahu, dia dan Que memang sepakat dengan pendirian tidak perlu berkongsi hal berkaitan peribadi.
"Memang saya cuba elak 'as much as possible' daripada apa-apa khabar (di media sosial). Sebab bagi saya, ini isu peribadi (hal rumahtangga) dan buat apa saya nak 'share' (kongsi) dengan semua orang.
"Jadi, saya rasa tak perlu kot. Tak perlu, tak perlu (buat sebarang perkongsian hal rumahtangga). Saya juga tak nak macam kec0h-kec0h yang tak sepatutnya, tak diperlukan pun," ujarnya.
Dengan pendekatan itu, Linda berasa syukur kisah perceraiannya dan Que tidak lama menjadi topik hangat di media sosial, sekali gus dapat melalui kehidupan dengan baik sebagai ibu tunggal.
Pada 26 Oktober tahun lalu, Que atau nama sebenarnya, Tengku Iskhan Shah Tengku Haidar, mendedahkan dia dan Linda sudah sah bercerai pada 2 Julai tahun lalu selepas 15 tahun hidup bersama.
Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 14 Februari 2009 dan dikurniakan dua cahaya mata perempuan, Tengku Ratu Haidar, 16, dan Tengku Cleopatra Haidar, 13.
Selain dua cahaya mata perempuan, Linda juga memiliki seorang cahaya mata lelaki bernama Qalif Khan, 24, hasil perkahwinan terdahulu.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
No comments:
Post a Comment