09 January 2025
"SAYA FIKIR ALLAH NAK CUCI D0SA SAYA" - JAY ISWAZIR TAK NAFIKAN KONTR0VERSI RUMAH TANGGA BERI K£SAN KEPADA KARIER
"Dari segi k£san kepada karier, benda itu tak pasti sangat. Pada awalnya, saya mendapat penolakan daripada stesen TV. Tapi, saya bersangka baik. Sebab kadang-kadang, sebelum k£s ini berlaku pun, saya ada menerima penolakan juga.
"Saya tak berani cakap adakah saya direhatkan kerana sebelum ini pun, nama saya pernah ditolak. Melainkan saya ada terima surat rasmi daripada mana-mana stesen TV atau pihak. Jadi, saya berfikir baik. Insya-Allah, saya percaya kalau rezeki saya ada, akan ada."
Ujar pelakon Jay Iswazir, 42, yang tidak menafikan kontr0versi dalam rumah tangganya yang berlaku baru-baru ini memberi k£san kepada kariernya sebagai pelakon.
Berhubung itu, Jay berkata, walaupun namanya ditolak oleh beberapa stesen TV selepas isi rumah tangganya heb0h diperkatakan, namun dia sentiasa melihat apa yang berlaku dari sudut p0sitif.
Dalam pada itu, Jay akui, selepas apa yang berlaku, dia belajar banyak perkara antaranya, mendidik dirinya supaya lebih bertenang dan belajar untuk reda.
"Yang saya belajar selepas benda ini dan selepas melalui proses perundangan, pertama sekali bertenang walau dalam apa situasi pun. Benda ini jugalah saya rasa untuk mendalami apa maksud reda dan ujian yang Allah bagi.
"Sekarang, kalau kita sebut saja nama Allah atau agama, kita akan dilabel sebagai penungg@ng agama. Tapi, dalam hidup ini tak ada kebetulan. Sekurang-kurangnya, saya fikir Allah nak cuci d0sa saya," tuturnya.
Terdahulu, media melaporkan Jay memberi tempoh lanjutan selama 10 hari kepada Azzahra bagi membuat permohonan maaf kerana mengeluarkan kenyataan yang didakwa berunsur fitn@h.
Sebelum itu, pada 9 Disember, Azzahra membuat laporan polis sebagai bukti kenyataan yang dikeluarkan berhubung menjadi m@ngsa kegan@san rumah tangga oleh bekas suaminya dan men£gaskan bahawa kejadian itu adalah benar.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
No comments:
Post a Comment