09 January 2025

TIND4KAN SITA DITUNDA - VIDA RASA LEGA : "INSYA-ALLAH, SAYA YAKIN SAYA DI PIHAK YANG BENAR"



Tind@kan sita membabitkan barangan rumah dan kenderaan mewah milik usahawan kosm£tik sens@si, Datuk Seri Vida, 55, telah ditunda atau digantung sementara untuk proses itu dijalankan.
Berhubung perkara itu, Vida atau nama sebenarnya Hasmiza Othman berkata, dia juga yakin berada di pihak yang benar, sekali gus berharap isu tersebur dapat berakhir dengan baik nanti.

"Perkembangannya, ditunda dan digantung sementara untuk sita. Insya-Allah, saya yakin saya di pihak yang benar dan tidak akan berlakulah perkara itu (proses sita), Insya-Allah.

"Sebenarnya, saya reda dan tiada sebab untuk tidak reda dengan apa yang berlaku kerana saya yakin kita menang. Cuma, ada ujian yang kita kena lalui sebab Tuhan nak bagi ganjaran selepas ini.

"Kita dah buat macam-macam usaha dan kita tawakal. Insya-Allah, kita yakin menang dan 'just go straight'," tuturnya yang menyerahkan semuanya kepada peguam yang dilantik mewakilinya bagi urusan perbincangan dan apa saja antaranya dengan pihak terbabit.

"Semua melalui peguam dan kita tidak berdiam, tidak menyerah begitu saja. Kita tetap akan terus berusaha, berikhtiar dan akhirnya, tawakal.

"Bagaimanapun, saya juga bersyukur apabila memenangi trofi Nona Entrepreneur Award yang saya tidak jangka menerimanya kerana saya ingat dah tak dapat anugerah ini sebab saya banyak k£s sangat.

"Tapi, Alhamdulillah mereka yang mengenali saya tahu saya ini orangnya macam mana. Kita nak berniaga ini, tak boleh nak men1pu orang. Nak berniaga, kita kena cari berkat.

"Saya sendiri berniaga sudah berapa lama bertahan, Insya-Allah. Malah, akan lagi meroket dan mendunia, 'straight to the point', berniaga yang benar. Orang nak kata kontr0versi ke apa, biarlah saya yang hadap," katanya.

Dalam pada itu, ujar Vida, apa saja ujian dan dug@an yang datang untuk dihadapinya, dia tetap sedar semua itu daripada Allah untuk memberikan ganjaran lebih baik asalkan tidak berbuat jah@t kepada orang lain. . #StarsEverywhere #followers #fbpro #santai #myartis #artismalaysia #myartis #santai #BeritaSemasa

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: