24 January 2025

"BIARLAH ANAK KITA YANG BAGI GELARAN DATUK & NENEK PADA KITA" - SHILA AMZAH SELESA TAK PUNYAI GELARAN 'DATUK', PERNAH TOLAK LEBIH SEKALI



"Saya rasa layak atau tidak itu adalah subjektif tapi kalau boleh, tak naklah. Saya pernah tolak tawaran beberapa kali sebab diberi (gelaran Datuk) akan ada yang 'riki-riki'.

"Saya lebih gemar dan selesa sebagai Shila Amzah saja, selesa dengan apa yang saya ada sekarang. Orang nak bagi gelaran sedaya upaya saya elak. Bukan tak hargai cuma ini bukan yang saya kejar. Saya tak mahu ada jurang."

Itulah jelas penyanyi Shila Amzah menerusi p0dcast Ubai Sentral, dimana dia mendedahkan pernah ditawaran gelaran 'Datuk' beberapa kali, namun terpaksa menolak secara baik.

Dalam pada itu, Shila juga sempat berseloroh dengan suaminya iaitu pemp£ngaruh, Ubai MZ atau nama Muhammad Ubaidillah Mohd Zulkefli, dengan mengatakan dia hanya menunggu gelaran datuk dan nenek selepas anak mereka berkahwin suatu hari nanti.

Klik untuk gambar besar

"Kalau awak (Ubai) diberikan gelaran Datuk pun saya tak nak sebab kalau saya betul kejar gelaran itu, baik saya kahwin dengan orang yang dah ada gelaran sebelum ini.

"Kalau betul nak gelaran, biarlah anak kita dah kahwin nanti dia yang bagi gelaran datuk dan nenek pada kita," katanya.

Untuk makluman, Shila popular di China selepas memenangi pertandingan nyanyian realiti Asian Wave di Shanghai pada 2012.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: