24 January 2025

FOTO 'BABY BUMP' CHE TA CUR1 PERHATIAN - HAMIL ATAU SEKADAR AI?



Pelakon Rozita Che Ta atau lebih mesra disapa Che Ta, 51, baru-baru ini telah memuat naik perkongsian dimana ia mencur1 perhatian netizen di media sosial apabila dia didakwa hamil selepas meminta orang ramai meneka jantina bayinya.
Che Ta yang berkongsi perkara itu menerusi hantaran di Instagram, turut memuat naik video memaparkan perutnya yang membesar bersama suami yang juga pelakon, Zain Saidin.

Dalam perkongsian itu juga, Che Ta juga memakai jubah kaftan yang dijualnya berwarna biru putih serta sedondon dengan warna pakaian suaminya.

Meninjau ke ruangan komen pula, ramai warga maya yang meluahkan perasaan teruja mereka serta mendakwa Che Ta kini sedang hamil anak lelaki.

Namun, ada juga dikalangan warga maya yang mendakwa Che Ta sebenarnya tidak hamil, tetapi hanya mahu menunjukkan kaftan yang dijualnya boleh dipakai wanita mengandung.

Selain itu, ada dakwaan yang mengatakan Che Ta menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) untuk menunjukkan keadaan perutnya yang membesar seperti sedang hamil itu.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: