24 January 2025

NUR NILAM TERK£JUT TERIMA ANUGERAH USAHAWAN - AZLAN KOMENG K£SAL DIGELAR SUAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB



"Terk£jut sebenarnya tak sangka pula dapat anugerah ni sebab ingatkan sc@mmer mulanya, dalam masa sebulan saja meniaga tapi Alhamdulilah jualan cecah ratus ribu botol minyak tu sebab mereka anugerahkan tokoh ni kepada saya."
Demikian ujar isteri kepada pelakon Azlan Komeng iaitu Nur Nilam Ortiz dimana katanya, dia terk£jut apabila menerima anugerah khas tokoh di majlis Usahawan Madani 2025 di Hotel Concorde Kuala Lumpur, baru-baru ini atas pencapaiannya mendapat jualan paling banyak dalam tempoh sebulan.

Sementara itu, Azlan atau nama sebenarnya, Muhammad Azlan Kamiran, 48, meluahkan rasa k£sal dengan tuduhan netizen yang menggelar dirinya suami tidak bertanggungjawab kerana membiarkan isterinya bekerja seorang diri untuk menanggung keluarga.

Jelas Azlan, dia tidak pernah mengab@ikan tanggungjawab sebagai suami, sebaliknya membantu isterinya itu terutama dalam bidang peniagaan yang sedang mereka usahakan.

"Komen saya senang saja, di sebalik orang depan kamera tu pasti ada orang sokong di belakang jadi itulah saya, memang orang nampak isteri saya banyak bercakap tapi tak semestinya saya tak buat apa-apa sebab saya bantu sediakan bahan.

"Tak perlu pun untuk orang tahu yang penting kita buat sebab kalau fikir mulut orang nanti akan pening nak jawab, sampai bila-bila tak selesai... tak penting orang cakap apa tapi yang penting rumah tangga kami baik," katanya.

Terdahulu, Nilam memberitahu, dia dan suami tidak pernah terfikir untuk membuka tabung sumbangan untuk menampung keperluan hidup selepas Azlan terlantar s@kit akib@t kemal@ngan.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: