"Ya, Alhamdulillah sekarang ini saya sedang bahagia. Soal bakal berkahwin dalam masa terdekat, saya hanya mampu merancang dan Tuhan yang menentukan. Sememangnya saya mahu kahwin sebab saya ini jenis yang 'dating' (bercinta) untuk berkahwin."
Demikian jelas pelakon Wanna Ali dimana dia mendedahkan, bakal bergelar isteri dalam masa terdekat namun enggan berkongsikan lebih lanjut mengenai hari bahagianya itu.
Akui dirinya sedang bahagia, Wanna bagaimanapun memilih untuk merahsiakan identiti bakal suaminya.
Dalam pada itu, Wanna berkongsi, bakal suaminya itu juga memiliki ciri-ciri lelaki yang diminati serta calon paling tepat untuk menjadi pasangan hidupnya.
"Dia seorang yang sangat baik, bercita-cita tinggi dan dia adalah definisi lelaki sebenar. Dia juga adalah lelaki tradisional yang saya cari selama ini dan maskulin. Sangat sempurna di mata saya," katanya.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment