"Saya pun tak tahu kenapa tiba-tiba jadi begini. Saya buat kerja saya macam biasa, tahu-tahu berg@duh. Saya jenis orang yang neutral. Ada rasa perbezaan. Adik-beradik tetap adik-beradik.
"Saya ini Abdul Wahub (watak lakonan Allahyarham Tan Sri P Ramlee dalam filem Tiga Abdul). Kami punya mas@lah begitu, masing-masing ada ego," tutur anggota kumpulan Zero, Atu, 33, mengenai hubungannya dengan dua lagi abangnya yang juga anggota Zero iaitu Sharif dan Syaiful.
Kata Atu atau nama sebenarnya, Sharif Kunal Doli Sharif, hubungan dia dan abang-abangnya tidak renggang, cuma ikatan itu sudah tak seperti dulu.
Selain itu, Atu berkata, dia juga tidak k£sal dan ter@sa hati dengan ketidakhadiran dua abangnya itu di majlis pelancaran single sulung mereka, 'Tondu' yang berlangsung, semalam, dimana kedua-dua abang Atu kini berada di Brunei atas urusan kerja.
Lagu 'Tondu' hasil ciptaan Zai Hamzah bersama Hemo, manakala lirik pula hasil sentuhan Achoi Floor 88 dan Ayie Elham Floor 88.
Klik untuk gambar besar
"Prosesnya bermula sejak 2023 dan kami sudah berbincang, tarikh Januari akan dilancarkan. Tak tahu pula akan bertembung dengan tarikh acara di sana.
"Jadi, tak mengapa. Saya di sini untuk mewakili semua. Mereka cakap tak apa, yang penting lagu ini sudah dilancarkan dan bolehlah orang tahu mengenai kami. Dalam kata lain, macam memperbaharui lesen Zero.
"Tak ada rasa k£sal. Benda sudah nak jadi, saya tak boleh ulas panjang-panjang. Yang penting, saya bawa mak saya sekali hari ini," jelasnya.
Terdahulu, hubungan Atu dan Sharif mula renggang selepas Sharif membuka cerita mengenai kisah lampau kehidupan Atu dalam satu audiosiar (p0dcast).
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment