"Bukan sekadar pergerakan badan, cara dia (Thalita) bercakap pun macam arwah ibunya dan boleh ditonton dalam video-video arwah dulu. Jadi, tak mustahil dalam nyanyian pun ada terikut seperti ibunya. Saya mahu Thalita menyanyi lagu arwah ibunya tetapi dengan versinya sendiri dan tidak perlu menjadi klon Siti Sarah."
Demikian ujar pelawak dan usahawan, Shuib, 40, dimana dia tidak mahu anak keduanya, Thalita, 12, menjadi klon Allahyarham ibunya, Siti Sarah Raisuddin, sebaliknya mahu dia tampil dengan identitinya sendiri sebagai penyanyi.
Kata Shuib, anak gadisnya itu memang banyak mewarisi perangai dan perwatakan seperti Allahyarham Siti Sarah berbanding tiga anaknya yang lain, selain memberitahu, Thalita juga seorang yang bekerja keras seperti arwah ibunya itu.
"Saya yakin dia akan jadi 'something' (sesuatu) pada usia 14 dan 15 tahun nanti. Setiap kali bangun pagi, saya minta dia tanamkan dalam diri untuk menjadi penyanyi setiap hari.
"Sebab dulu arwah Sarah walaupun sudah dikenali sebagai penyanyi pun masih berjumpa guru vokal, pergi joging dan buat latihan nyanyian lapan jam sehari di rumah.
"Thalita ambil perkara itu sebagai satu cab@ran dengan mengikuti kelas muzik dengan Cikgu Shafi hampir dua jam setiap hari. Balik rumah, dia berlatih menyanyi atas 'treadmill' pula dan itulah rutinnya," katanya yang juga bersedia untuk memikul tanggungjawab menguruskan kerjaya nyanyian Thalita.
"Sebelum ini, saya pernah muat naik video beritahu tidak mahu anak-anak menjadi artis. Tapi arwah Siti Sarah cakap apa sal@hnya jika anak-anak jadi artis? Bila arwah sudah tiada, sayalah yang akan menggalas tanggungjawab itu.
"Pada masa sama, saya nampak Thalita bersungguh-sungguh dan s£rius untuk menjadi penyanyi. Sebagai bapa, saya akan sentiasa menyokong minatnya itu," jelas Shuib dimana dia akan sentiasa di sisi Thalita untuk membantu dan membimbingnya untuk berdepan ujian dalam bidang seni, termasuk kec@man netizen di media sosial.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment