11 January 2025
DAKWA M4NGSA PENYAMAR AKAUN PALSU - RYAN BAKERY AKUI DAH TAK LARAT NAK B£NDUNG ISU INI
"Motif utama mereka ialah menjual pr0duk. Pengikut pula percaya kerana cara menjawab dengan mereka itu seolah-olah saya. Itu yang buat mereka tertipu.
"Sebelum ini ada satu Facebook guna nama saya dengan memiliki setengah juta pengikut. Pengurus saya buat laporan polis dan ia kemudian diturunkan.
"Ingatkan dah selesai. Tapi rupanya ada lagi Facebook yang dibuat guna nama saya. Yang paling bah@ya page ini sentuh isu p0litik sehinggakan ada kawan-kawan mesej nasihatkan saya agar jangan mencampuri isu p0litik."
Itulah kata personaliti media sosial terkenal, Ryan Bakery dimana dia tampil menasihatkan pengikutnya agar tidak terp£daya dengan akaun palsu di Facebook dan YouTube yang menggunakan namanya.
Ryan atau nama sebenarnya, Muhammad Ryan Fahmi Bakery, 28, yang mempunyai pengikut sebanyak 4.3 juta di TikTok dan 1.1 juta di Instagram, berkata, penyamar ini berkomunikasi dengan pengikut seolah-olah dirinya.
Dalam pada itu, Ryan menjelaskan, dia sesekali tidak akan menyentuh isu p0litik dalam k0nten yang dihasilkannya.
"Penyamar ini sangat berani sehingga tergam@k ambil iklan dan prom0si berbayar sedangkan dia bukan saya. Barang yang dijual pula tak sepatutnya seperti alat kel@min, ubat kuat dan sebagainya.
"Memang s@kit betul tengok. Orang yang tak tahu perkara sebenar pasti akan fikir macam-macam. Kalau mereka nak jadi fanpage itu okay. Tapi jangan guna seolah-olah dia saya.
"Untuk ambil paid review itu tak bolehlah sebab dia guna wajah saya. Sekarang sangat bah@ya kerana macam-macam boleh berlaku. Tapi saya akui dah tak larat nak b£ndung isu ini," ujarnya.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
No comments:
Post a Comment