Semua sedia maklum mengenai hubungan pelakon dan penyanyi, Erra Fazira, 51, dengan seorang jejaka yang digelar Mr E atau nama sebenarnya, Ezwan Zain dimana ia hangat diperkatakan.
Terkini, primadona dan usahawan yang memiliki kafe kueh itu terbuka berkongsi keakraban hubungan mereka di mata umum.
Dalam perkongsian itu, Erra atau nama sebenarnya, Fazira Wan Chek dilihat bersama Mr E melawat pes@kit di sebuah hospital, selain ditemani pengurusnya.
Hantaran tersebut juga dikongsi sendiri Mr E yang mendoakan kesembuhan terhadap pes@kit dikenali sebagai Syam itu.
Klik untuk gambar besar
Dalam pada itu, pelakon yang mula mencipta populariti menerusi filem 'Sembilu' itu juga menjelaskan ucapan selamat ulang tahun ditujukannnya buat individu istimewa yang tular, hanyalah sebagai satu k£jutan.
Terdahulu, ucapan khas dibuat Erra dalam Insta Story seperti ditujukan kepada seseorang istimewa yang tidak didedahkan identitinya itu telah mencuri perhatian ramai.
Dalam hantaran tersebut, penyanyi lagu 'Yang Terindah Hanyalah Sementara' itu membuat ucapan ulang tahun kelahiran buat insan yang disifatkannya sebagai mendamaikan.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
No comments:
Post a Comment