Balu kepada pelawak Allahyarham Abam Bocey iaitu Hidayah Abam baru-baru ini telah memuat naik video memaparkan dia menyambut hari lahir bersama seorang jejaka dan perkongsiannya itu telah menjadi perhatian.
Melihat pada video tersebut, Hidayah bersama jejaka itu duduk bersebelahan sambil makan di sebuah restoran steamboat terkenal, namun wajah jejaka itu ditutup dengan emoji.
Selain itu, Hidayah turut berkongsikan menerima sepotong kek dengan tulisan 'Happy Birthday' serta menulis kapsyen ringkas pada gambar tersebut dengan ucapan terima kasih dengan emoji bentuk hati.
Klik untuk gambar besar
Untuk makluman, Hidayah mendirikan rumah tangga dengan Allahyarham Abam Bocey pada 8 Disember 2017 dan hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan seorang anak lelaki, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
No comments:
Post a Comment