11 January 2025

UBAI SAMBUT 'BIRTHDAY' KE-27



"Selamat menyambut ulang tahun yang ke-27 suamiku, Ubai. Semoga apa yang awak hajati tercapai, disamping perjalanan dan janji kita untuk saling membahagiakan ✨

"Saya dan anak-anak sayangggg awakkkkkkk!" tulis penyanyi Shila Amzah yang baru-baru ini telah menyambut ulang tahun kelahiran yang ke-27 suaminya, Ubai atau nama sebenarnya, Muhammad Ubaidillah Mohd Zulkefli.

Untuk makluman, Shila, 35, mendirikan rumah tangga bersama Ubai pada 5 Ogos 2023 dan dikurniakan seorang anak perempuan, Rhea Akira yang selamat dilahirkan pada 9 Mei tahun lalu.

Shila juga mempunyai seorang anak lelaki bernama Seth Uwais, 6 tahun (31 Ogos 2019), hasil perkahwinan terdahulu. Shila sebelum ini mendedahkan Seth didiagnosis dengan austime tahap satu.

Klik untuk gambar besar


         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: