"Waktu sekarang ini kami rasa dia masih berpantang, kami rasa dia masih lagi meluangkan masa bersama anak dan keluarga. Jadi kami akan beri ruang kepada dia dahulu untuk luangkan masa bersama keluarga.
"Selepas itu kalau dia mahu berjumpa dengan kami, kami bersedia untuk melawat. Kami sangat gembira dan teruja. Anak dia (Syasya) sangat comel. Kami semua tumpang gembira."
Demikian jelas kumpulan Dolla dimana mereka tumpang gembira dan tidak sabar melawat bekas anggotanya, Syasya Rizal yang selamat menimang cahaya mata sulungnya pada 23 Disember lalu.
Namun kata Dolla yang kini dianggotai Angel, Sabronzo, dan Tabby, mereka ingin memberi ruang kepada Syasya untuk rehatkan diri bersama keluarganya dulu, sebelum datang melawat.
Klik untuk gambar besar
Dalam perkongsian itu, Syasya dan suami memilih nama 'Muhammad Yassir Hayyan' untuk bayi lelaki mereka.
Disamping itu, Tabby menyatakan rasa teruja mengenai perancangan mereka berhubung penganjuran konsert antarabangsa iaitu di Singapura pada tahun ini.
Ia susulan kejayaan luar biasa konsert pertama mereka DOLLA Re:Birth The Experience di ibu negara pada Ogos lalu yang menerima sambutan hangat.
"Sebelum ini kami dah buat konsert di Kuala Lumpur (KL) dan sambutannya sangat hebat daripada peminat kami. Pada masa yang sama, kami sedar yang Dolla juga ada ramai peminat di Singapura.
"Jadi buat sesiapa yang tidak dapat hadir ke konsert Dolla sebelum ini di KL, kami berharap akan mengadakan konsert di Singapura kali ini," katanya.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
No comments:
Post a Comment