"Fattah adalah rakan kerja, kami berjumpa atas dasar kerja. Mana yang baik kita aminkan. Kalau tanya komen soal hubungan istimewa, memang tak ada. Kami kawan dan atas dasar kerja terjumpa di Konsert Datuk Seri Siti Nurhaliza.
"Tiada apa-apa yang boleh diulas, cuma Fattah orang yang sangat baik. Tapi, saya tidak boleh komen lebih-lebih kerana tidak manis sebagai seorang wanita," demikian jelas penyanyi Amira Othman, 32, menerusi temu bual bersama Melodi, dimana dia tidak menolak sekiranya bertemu jodoh dengan lelaki yang berstatus duda.
Amira bagaimanapun menafikan sp£kulasi sedang menjalin hubungan istimewa dengan pelakon yang juga 'duda h0t' iaitu Fattah Amin seperti hangat diperkatakan kerana katanya, hubungan dengan Fattah tidak lebih sekadar rakan sekerja dan tiada hubungan istimewa serta mengakui bapa kepada seorang cahaya mata, Nur Fatima Aisya ini seorang yang sangat baik.
"Sejujurnya, saya tak terfikir soal status, bujang atau duda tak jadi mas@lah, asalkan bukan suami orang. Tapi, saya tak berani nak cakap lebih-lebih kerana tidak tahu apa yang baik untuk saya," ujarnya yang merupakan bekas peserta Akademi Fantasia 2013 (AF2013) ini.
Disamping itu, persoalan mengenai g0sip mengaitkan Amira dengan Fattah nampaknya telah terjawab apabila mereka sebenarnya berkolaborasi dalam muzik video single terbaru Amira berjudul 'Bila Nak Kahwin' dan berhubung itu, Amira berkata, gim1k ini terhasil menerusi kerjasama label rakamannya, Sony Music Entertainment dan pengurusan Fattah.
"Kita plan untuk ada beberapa babak dengan dia. Saya pun tak pasti mungkin ada yang suka dan mungkin tidak dengan gim1k ini. Tapi saya harap tidaklah meluk@kan hati penyokong dan peminat-peminat saya sebab saya rasa seorang anak seni jika tiada kontr0versi pun orang tanya," katanya.
Klik untuk gambar besar
"Segala yang baik saya ambil dan yang tak baik saya tak boleh buat apa dan anggap biasalah, tak semua orang boleh terima kita. Seorang dua tak suka saya minta maaf. Tapi itu atas keperluan kerja. Sebelum kita pilih Fattah, ada beberapa nama disenaraikan tapi kita tahu nama Fattah Amin sangat 'hot' dan syarikat rakaman pun setuju.
"Segala persiapan dibuat dan jadual Fattah pun okay. Akhirnya perkara ini jadi kenyataan," tutur Amira yang turut memberitahu, sebelum melakukan gim1k ini, dia dan label sudah memikirkan pelbagai kemungkinan dan dia sudah bersedia dari segi ment@l dan fizikal.
"Penggambaran muzik video membabitkan Fattah ini dibuat semasa saya bercuti di London bersama Hawa Rizwana hujung tahun lalu. Masa berbual dengan pengurusan Fattah, saya diberitahu jadualnya padat tapi dia akan bercuti. Kebetulan juga dia bercuti ke London, maka sempatlah kami selit babak di sana," jelasnya.
Terdahulu, nama Amira disebut sebagai antara wanita yang kini berhubungan mesra dengan Fattah selepas pelakon itu bercerai dengan bekas isteri juga pelakon, Nur Fazura pada 7 Oktober lalu.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment