12 January 2025

MAHU BELAJAR SAMPAI PHD SEBELUM TIMANG ANAK - JULIA FARHANA TAK TOLAK KALAU TIBA-TIBA ADA REZEKI ANAK



"Memandangkan sekarang saya masih menyambung pengajian Ijazah Sarjana Muda Psik0logi dan kemudian bercadang mengambil Sarjana (Master) sehingga PhD, kami memang merancang anak ketika ini.

"Tapi, jangan sal@h sangka dengan mengaitkan kami pada konsep 'childfr££' pula. Ia tak macam itu sebab saya tetap teruja ingin bergelar ibu dan mempunyai cahaya mata dengan suami. Cuma, bukan waktu sekarang.

"Saya kalau boleh mahu menghabiskan pengajian kerana bila kita belajar memang ada tek@nan dan perlu fokus. Lagi pula jika saya berhenti belajar seketika, agak suk@r untuk diteruskan semula nanti."

Klik untuk gambar besar

Itulah kata pelakon Julia Farhana Marin, 31, yang ingin menyelesaikan pengajiannya dalam bidang psik0logi sehingga ke peringkat Doktor Falsafah (PhD) sebelum menimang cahaya mata.

Perlu menghabiskan pengajiannya selama empat tahun terlebih dulu, Julia dalam masa sama turut bersyukur suami, Dr Che Hafiz sangat memahami dan memberikan sokongan.

Menurut pelakon filem 'Coast Guard Malaysia: Ops Helang' ini, dia perlu membuat satu demi satu apa yang sudah dirancangkan itu sehingga selesai, sekali gus tidak berhadapan tek@nan.
"Alhamdulillah, ibu bapa saya dan mentua juga faham. Mereka tidak men£kan kami soal cahaya mata kerana ia adalah rezeki daripada Allah. Sekiranya sepanjang saya belajar ini, tiba-tiba ada rezeki anak itu, kami tetap akan terima.

"Cuma, apa yang boleh dikatakan untuk 2025 ini antara saya dan suami, kami lebih ke arah karier kerana rezeki itu yang sampai dulu. Malah, suami saya pun akan bergelar doktor pakar tidak lama lagi dan saya sangat bangga," tuturnya.

Difahamkan, Julia kini melanjutkan pengajiannya di Universiti Terbuka Malaysia (Open University) dan untuk karier seninya, dia memaklumkan sibuk menguruskan penerbitan drama menerusi syarikat produksinya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: