12 January 2025

TAK HALANG ANAK GADIS CEBURI KARIER SENI - LINDA JASMINE LETAK SYARAT : "SAYA AKAN SENTIASA MEMBERIKAN SOKONGAN & GALAKAN"



"Saya bukan setakat membenarkan dia (Ratu ceburi karier seni), tapi saya sokong dia 100 peratus dan apa yang saya boleh bantu dia dari segi memberi nasihat, termasuk berkongsi pengalaman yang saya ada. Saya memang akan nasihatkan dia sebaik mungkin. Bagaimanapun semuanya tetap terpulang kepada dia. Cuma, saya akan sentiasa memberikan sokongan dan galakan."

Jelas guru tari profesional, Linda Jasmine Hashim, 52, dimana dia tidak menghalang anak gadisnya, Tengku Ratu Haidar, 16, untuk menceburi karier seni kerana baginya, ia tiada mas@lah untuk membenarkan puterinya itu mengejar impiannya sebagai anak seni.

Sebagai ibu, kata Linda, dia memang akan menyokong penuh minat anak-anak, tetapi dengan syarat kena utamakan pelajaran, selain turut memberitahu, Ratu ada mengikuti kelas lakonan dan sebelum ini pernah menyertai persembahan muzikal yang memerlukan anaknya itu berlakon, menyanyi dan menari.

"Saya bukan setakat membenarkan dia, tapi saya sokong dia 100 peratus dan apa yang saya boleh bantu dia dari segi memberi nasihat, termasuk berkongsi pengalaman yang saya ada. Saya memang akan nasihatkan dia sebaik mungkin. Bagaimanapun semuanya tetap terpulang kepada dia. Cuma, saya akan sentiasa memberikan sokongan dan galakan.

"Saya sebenarnya memang nak masukkan Ratu ke bengkel lakonan lagi, tetapi usia dia belum mencecah 18 tahun sebagaimana syarat ditetapkan. Tapi, kelas tarian memang dia ambil. Sebab itu 'basic' (asas) kan. Cuma, saya selalu cakap dengan dia dan ingatkan, apa-apa pun yang nak dia buat, kena habiskan sekolah dulu," katanya.

Klik untuk gambar besar

Disamping itu, Linda berkata, selain Ratu, anak lelakinya iaitu Qalif Khan, 24, juga turut terbabit dalam bidang seni apabila dia kini terbabit dalam bidang muzik dimana anaknya itu aktif sebagai penyanyi, pemuzik, komposer dan penerbit lagu untuk penyanyi lain juga.

"Abang dia (Qalif) menyanyi, tulis lagu, buat lagu untuk sendiri dan orang lain juga. Tetapi, sekarang Qalif sibuk menyiapkan muzik video lagu nyanyiannya yang semua dia buat sendiri. Dia pun belajar dalam bidang kejuruteraan bunyi, jadi sekarang dia aktif buat lagu sendiri dan lagu untuk orang lain yang nampak memang dia ke arah muzik," maklumnya.

Untuk makluman, Linda mendirikan rumah tangga kali kedua dengan pelakon Que Haidar pada 14 Februari 2009 dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata perempuan, Tengku Ratu Haidar dan Tengku Cleopatra Haidar, 13.

Namun, pada 26 Oktober tahun lalu, Que mendedahkan dia dan Linda sudah pun bercerai pada 2 Julai tahun lalu selepas 15 tahun hidup bersama.

Linda turut mempunyai seorang anak lelaki, Qalif Khan, 24, menerusi perkahwinan pertamanya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: