12 January 2025

PERANCANGAN BERKAHWIN TAK TERCAPAI - AMIRA OTHMAN REDA, ANGGAP IA KETENTUAN ALLAH



"Saya mengalami fasa yang tidak mudah dalam perjalanan cinta saya. Tapi saya pilih untuk tidak berkongsi sebab saya juga ingin menghormati pihak lagi satu kerana kami ada hubungan yang baik.

"Saya tidak berg@duh atau apa-apa. Biarlah jadi rahsia siapa dia tapi saya pilih untuk tidak kongsi sebab saya rasa nanti macam-macam pendapat. Saya nak hidup tenang.

"Saya yakin bila saya dah rancang tapi benda itu tak jadi, itulah yang terbaik. Walaupun waktu itu sedih atau s@kit, biasalah putus cinta tapi saya yakin itulah yang terbaik dan saya reda. Jadi saya tak nak sebut-sebut."

Ujar penyanyi Amira Othman dimana dia membuka rahsia peribadinya yang selama ini tersimpan apabila mendedahkan hampir berkahwin, namun tidak menjadi kenyataan.

Klik untuk gambar besar

Enggan bercerita lanjut, Amira menganggap ia ketentuan Allah serta tidak mahu menyal@hkan mana-mana pihak, malah dia juga tidak suka berkongsi cerita peribadi kerana sebagai wanita tidak manis untuknya kongsi secara berlebihan.

"Sebenarnya baru-baru ini saya tengok balik p0dcast saya dengan Amylea Azizan, ada orang repost balik lagu cover version saya 'Jangan Ada B£nci'. Memang itulah ceritanya. Saya memilih jalan untuk jadi perahsia. Malas nak kongsi lebih-lebih sebab saya rasa bila saya kongsi akan ada macam-macam pendapat.

"Saya menerima sahaja pendapat orang tapi saya tak nak pening. Pasal kisah cinta saya thrill juga tapi saya tak pilih untuk expose. Saya yakin ujian itu adalah baik untuk saya," tuturnya yang kini tampil dengan single terbaru berjudul 'Bila Nak Kahwin' yang menurutnya dihasilkan berdasarkan kisah hidupnya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: