12 January 2025

AL-FATIHAH - NENEK ALICIA AMIN KEMBALI KE RAHMATULLAH



Takziah diucapkan kepada model dan pelakon, Alicia Amin, 30, atas pemergian neneknya, Elisabeth M Shah, 95, yang meninggal dunia akib@t s@kit tua pada jam 11.22 pagi semalam.

Kata Alicia, dia menyifatkan neneknya adalah wanita paling kuat dia pernah kenal, t£gas dan kasih sayangnya terhadap keluarga terutama cucunya sangat tebal.

"Dia sangat terperinci dan t£gas dengan ibu saya. Tapi bila layan cucu pula, dia memang nenek terbaik. Kami selalu disaji makanan yang banyak setiap kali melawatnya.

Klik untuk gambar besar

"Nenek mat salih pun sama saja dengan nenek Melayu. Dia handal memasak dan sentiasa pastikan suasana Aidilfitri atau Kr1smas kami raikan dengan cukup meriah.

"Hayatnya memang cukup indah dan memiliki keluarga besar. Kami reda dan percaya dia sudah sedia pergi," kata pelakon drama 'Andai Tiada Dia' itu yang turut berkongsi neneknya pun sentiasa merindukan datuknya yang meninggal dunia terlebih dulu lebih dua dekad lalu.

Allahyarham nenek Alicia difahamkan memang menetap di Malaysia selepas berkahwin dan memiliki tiga anak dan 13 cucu.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: