Jika permohonan diterima, pelakon Farid Kamil bakal menyambung pengajian peringkat ijazah sarjana pada bulan Mac ini di Universiti Malaya (UM) di sini, dan langkah melanjutkan pengajian menjadi sebahagian daripada sasarannya pada 2025.
Bapa kepada dua cahaya mata itu bagaimanapun berkata, dia enggan mendedahkan bidang pengajian yang bakal diambil sebelum statusnya sebagai pelajar di pusat pengajian tinggi awam (IPTA) itu disahkan.
"Untuk 2025, saya akan kembali menjadi pelajar. Saya akan meningkatkan pelajaran saya ke peringkat ijazah sarjana dan seterusnya ke peringkat ijazah Doktor Falsafah (PhD). Proses untuk melanjutkan pengajian sudah dibuat di mana saya kemukakan permohonan di UM.
"Kalau tiada halangan, saya akan mulakan pengajian Mac ini. Pendaftaran sudah dibuat, tetapi saya perlu rahsiakan dulu mengenai bidang pengkhususan pengajian yang akan diambil. Ini kerana, ia masih lagi dalam permohonan.
Klik untuk gambar besar
"Dalam program itu, UiTM panggil 100 alumni terbaik sepanjang zaman. Apabila mereka sertai program itu, ada penuntut seusia, lebih berumur dan lebih muda. Kebanyakan mereka mempunyai ijazah sarjana dan PhD, tetapi hanya saya saja dengan ijazah sarjana muda.
"Selepas balik daripada program itu, saya fikir sudah agak ketinggalan banyak perkara dalam hidup yang sepatutnya saya capai lebih awal, namun, saya pilih untuk jadi pelakon profesional terlebih dulu," ujarnya.
Disamping itu, Farid juga menganggap dirinya belum layak menjadi seorang pensyarah dan disebabkan itu, dia terpaksa menolak tawaran untuk menjadi tenaga pengajar di sebuah universiti swasta tempatan.
"Saya fikir masih belum mampu untuk memberi ilmu pengetahuan secara spesifik kepada pelajar. Pada hemat saya, selagi masih belum ada ijazah sarjana atau PhD, saya tidak fikir kelas itu akan efektif," tuturnya.
Untuk makluman, Farid pemegang Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kreatif (Seni Layar) UiTM pada 2010 dan pelakon itu turut menamatkan pengajian Seni Lakon Teater diploma di universiti sama.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment