19 January 2025

DALAM PROSES BERCERAI - HAFIZ SUIP SUDAH MAKLUM KEPADA ANAK-ANAK : "INILAH UJIAN YANG SAYA KENA TERIMA DENGAN HATI TERBUKA"



"Saya masih lagi suami orang cuma kami sudah tidak duduk sebumbung kerana dalam proses penceraian. Ya, inilah ujian yang saya kena terima dengan hati terbuka. Saya tahu, ia agak berat, tetapi, saya belajar untuk bersyukur dengan segala yang terjadi.

"Saya anggap setiap ujian itu Allah nak menguji kita lagi. Sekarang ini saya hanya mengharapkan doa daripada orang yang menyokong dan sayangkan saya. Sebagai contoh ahli keluarga serta peminat-peminat.

"Saya yakin ramai yang sayangkan dan mengambil berat fasal saya. Bagi saya orang tidak akan tanya, kalau mereka tak ambil berat. Jadi saya selalu berfikiran p0sitif dan bersama dengan orang-orang yang p0sitif."

Klik untuk gambar besar

Itulah kata penyanyi Hafiz Suip yang kini sedang dalam proses perceraian dengan isterinya, Nureffy Jasreel Abdullah, dimana dia menerima segala ketentuan dengan berlapang dada, biarpun sudah berdepan ujian berat pada tahun ini.

Dalam pada itu, Hafiz atau nama sebenarnya Mohamad Hafiz Mohamad Suip, 35, memberitahu, dia sudah pun memaklumkan kepada anak-anaknya, Muhammad Riyadh Zafri, 8, dan Muhammad Alkaf Zayne, 5, mengenai perpisahan itu walaupun keduanya masih kecil.

"Jika apa-apa berlaku kepada mereka, saya sanggup lakukan apa sahaja. Saya tidak mahu menggunakan ayat klise. Sudah tentu dalam hal ini anak-anak akan ters£ksa. Saya sudah pun berterus terang dengan mereka kerana lambat-laun mereka pasti akan tahu. Jika saya menipu, mereka juga akan dapat tahu nanti.
"Harapan saya sekarang, saya hanya boleh berdoa agar anak-anak saya faham dan diberikan kekuatan untuk menghadapi kehidupan ini. Apa yang boleh saya katakan, doakan yang baik-baik dan saya nak anak-anak tahu yang saya masih lagi bapa mereka dan saya sangat menyayangi mereka," tuturnya.

Disamping itu, Hafiz tidak mahu berkongsi lanjut mengenai k0nflik rumah tangganya bersama isteri kerana mahu memberikan fokus sepenuhnya kepada persiapan Anugerah Juara Lagu ke-39 (AJL39) yang bakal berlangsung kurang sebulan sahaja lagi.

"Bila nak dekat dengan Anugerah Juara Lagu ke-39 (AJL39) ini kalau boleh saya nak berikan fokus sepenuhnya. Kalau saya bahaskan isu peribadi ini saya t@kut ia akan mengg@nggu perjalanan proses nanti. Apa yang boleh saya katakan ialah kami sedang menunggu hal berkaitan dengan mahkamah.
"Buat kami, saya doakan semuanya berjalan dengan lancar, tak adanya persengk£taan dan berpisah dengan cara baik," ujar pelantun lagu 'Awan Nano' ini dimana dia berharap agar segala urusannya berjalan dengan lancar dan tiadanya sengk£ta bersama isteri.

Awal Januari lalu, bekas juara Akademi Fantasia musim ketujuh (AF7) itu akhirnya membuka mulut dan mengesahkan sedang dalam proses perceraian dengan Nureffy.

Jelas Hafiz, dia yang mendirikan rumah tangga bersama Nureffy pada 14 Mei 2016, bersedia untuk melepaskan isterinya itu jika mereka sudah tiada persefahaman.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: