Dakwaan penambahan dua finalis Anugerah Juara Lagu ke-39 (AJL39) yang sebelum ini menjadi bualan itu akhirnya terjawab apabila Pengurus Projek AJL39 yang juga Ketua Unit Produksi, Penjenamaan dan Hiburan TV3, Russell Mark Rodrigues tampil menjelaskan, hanya 10 lagu yang akan berentap untuk meraih gelaran juara pada edisi kali ini.
Kata Russell, gambar 'silhouette' yang menggambarkan penambahan dua finalis pada prom0si AJL39 hanyalah gim1k pemasaran bagi pengumuman penaja utama program itu.
"Saya percaya ramai yang tertanya-tanya siapakah individu di sebalik gambar 'silhouette' yang terpapar di poster dan iklan AJL39.
"Di sini saya ingin menjelaskan dua individu terbabit adalah penaja utama AJL39 iaitu JardinPeau yang diwakili Ketua Pegawai Sumber Manusia, Raja Nur Amirah Raja Ahakdar dan duta jenama itu iaitu Datuk Aaron Aziz," ujarnya.
Russell mengumumkan perkara itu di program khas, Mega Live di platform TikT0k TV3 Malaysia yang mula bersiaran pada jam 8 malam, semalam, memaklumkan, setakat ini tiada penambahan finalis, namun bakal tampil dengan sesuatu yang istimewa menjelang AJL39.
"Seperti yang diumumkan ketika Separuh Akhir Muzik-Muzik 39, pendirian pihak produksi masih sama. Hanya 10 lagu yang saja yang akan bers2ing pada edisi kali ini.
"Cuma kami menjanjikan sesuatu yang istimewa di malam AJL39 nanti. Antaranya konsep pentas yang lebih besar berbanding penganjuran edisi lalu, selain persembahan istimewa yang dibawakan nanti," katanya.
Sepuluh lagu yang mara ke pentas AJL 39 adalah 'Sengaja' nyanyian Amir Masdi ciptaan dan lirik Bunga Cantik dan Hang Nadim; 'Puas Sudah' (Aina Abdul/Aina Abdul) dan 'Saksama' (Akim & The Majistret/Akim & The Majistret & Bunga Cantik).
Turut bersaing 'Diam' (Hael Husaini/Hael Husaini & Iqie Hugh/Hael Husaini & Iqie Hugh); 'Hening Rindu' (Marsha Milan/Ikhwan Fatanna & Wan Salleh/Ikhwan Fatanna) dan 'Aura' (Ernie Zakri/Ernie Zakri & John Jeeves/Ernie Zakri & John Jeeves).
Tidak ketinggalan, 'Bukan Lagi Kita' (Nadeera Zaini/Hael Husaini & Iqie Hugh/Hael Husaini & Iqie Hugh) dan 'Pujaanku' (Kugiran Masdo & Aisyah Aziz/Ali Sariah/Ali Sariah & Hedimoru).
Menambah cab@ran, 'Ris1ko' (Benzoloo, Ghidd, Isobahtos, Meerfly, Tuju & MK K-Clique/Apipapol/Benzoloo, Ghidd, Isobahtos, Meerfly, Tuju & MK K-Clique) dan 'Terus Bersinar' (Hafiz Suip/Mas Dewangga, Jova Devito & Datuk Arisz Abdul Rahman/Mas Dewangga & Jova Devito).
AJL39 bakal menyaksikan gandingan mantap Sissy Iman dan Nazrudin Rahman selaku hos utama pada malam AJL39 yang bakal bersiaran secara langsung dari Axiata Arena, Bukit Jalil pada 16 Februari ini.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment