28 January 2025

DIDAKWA BUAT LAFAZ CERAI TAKLIK HARI INI - ALONG CHAM MOHON DOA AGAR URUSAN DIPERMUDAHKAN



Di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Putrajaya, pagi tadi, pelawak dan pelakon Along Cham didakwa telah memfailkan dan membuat pengesahan lafaz cerai secara taklik terhadap isteri, Afreena Suhaimi.
Berhubung itu, Along atau nama sebenarnya, Muhammad Nizamudin Ahmad, 42, bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu, sebaliknya memohon doa agar urusannya itu dipermudahkan.

"Saya mohon doa agar dipermudahkan. Minta ruang untuk saya jumpa pihak sepatutnya bagi selesaikan urusan lebih dulu.

Klik untuk gambar besar
"Alhamdulillah, saya sihat-sihat saja hari ini. Saya pun datang dengan 'syurga' (ibu) saya hari ini. Dialah penguat semangat saya," kata Along yang hadir jam 11.45 pagi dengan ditemani ibu dan anak lelakinya, Ahmad Daniel Muhammad Nizamudin, 14.

Untuk makluman, Along bertemu jodoh kali kedua dengan Afreena pada 4 April 2024 selepas lapan tahun hidup menduda apabila bercerai dengan bekas isteri pertamanya, Zila Saeron pada September 2016.
Semalam, Along melakukan sujud syukur dalam kandang tertuduh selepas Mahkamah Sesyen Sepang, melepas tanpa membebaskannya (DNAA) atas satu pertuduhan memiliki dad@h disyaki kan@bis ditemui di kediamannya di Cyberjaya, Disember tahun lalu.

Bagaimanapun, Along didakwa di Mahkamah Majistret Sepang atas dua pertuduhan lain iaitu memiliki dan memasukkan dad@h serta dibenarkan ikat jamin RM5,000.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: