28 January 2025

"SELAMA SAYA DEMAM TIGA HARI, SAYA MIMPI ARWAH (SUHAIMI SAAD)... ARWAH DATANG TAK BERCAKAP..." - INA NAIM TAK DAPAT TAH4N SEBAK KERANA RINDU



Menerusi video siaran langsung di TikT0k, penyanyi Ina Naim memberitahu, dia bermimpi bertemu Allahyarham Suhaimi aad selama tiga hari berturut-turut ketika sedang demam.
"Selama saya demam tiga hari, saya mimpi arwah. Tapi saya ada cerita dengan Khairul (suami) juga. Cuma Khairul kata, 'kalau mimpi, jangan lupa untuk balik semula ke sini'," katanya.

Ketika berkongsi cerita, Ina dilihat tidak dapat menahan sebak serta tidak menafikan bahawa dia amat merindui arwah suaminya itu.

"Arwah datang tak bercakap. Tak boleh tipu, saya sebenarnya rindu," tuturnya dimana dia pernah mendirikan rumah tangga dengan arwah Suhaimi yang merupakan bekas anggota kumpulan Inteam pada 12 Oktober 2007, sebelum meninggal dunia pada 15 November 2023.

Hasil perkahwinan itu, Ina dan arwah Suhaimi dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Ehmad Hadie Elfardie, Sallman Elkhoyri, Phyrosh Elfadwah dan Nur Layla Elghufrony.

Ina kemudian mendirikan rumah tangga buat kali kedua bersama Mohd Khairul Rizal pada 8 November lalu.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: