"Tidak sangka masa banyak kerja ini, saya direhatkan, tapi saya yakin Allah tahu mana yang terbaik untuk saya. Saya anggap apa yang jadi ni sebagai dug@an.
"Ini ujian saya masuk 'dobi' (penj@ra) untuk cuci hati saya, saya cuma mahu membersihkan nama yang sudah difitn@h, di sana (penj@ra) wang ringgit tidak berguna.
"Hari ini (Semalam) benda yang must@hil untuk berlaku tetapi Allah yang beri jawapan, terima kasih kepada semua yang berusaha keras untuk membersihkan nama saya."
Itulah kata pelawak Along Cham yang tidak dapat menahan air mata sebaik dibebaskan sementara sebaik selesai membayar ikat jamin RM5,000 di Kompleks Mahkamah Sepang, semalam.
Meskipun kerjaya terj£jas dan projek hiburan tertangguh susulan pendakwaan dihadapi, namun Along yakin Allah tahu apa yang terbaik, selain menyifatkan ianya sebagai tempat dia muhasabah diri ketika berdepan ujian berat itu.
Tambah pelawak ini lagi, fokus utamanya kini dia mahu membersihkan nama selepas terc£mar akib@t terp@lit ujian berat tersebut.
Klik untuk gambar besar
Dalam pada itu, Along turut berterima kasih kepada pihak Jabatan Penjara Malaysia kerana katanya, sejak dihantar ke Penj@ra Sungai Buloh pada 23 Disember lalu, dia dalam keadaan longl@i.
"Saya berterima kasih kepada Jabatan Penjara Malaysia yang menyambut saya dengan senyuman, mereka beri saya semangat. Terima kasih juga kepada pemb£nci saya, banyak juga fitn@h saya dengar walaupun berada dalam penj@ra," ujarnya.
Sementara itu, Along yang lebih sebulan berada di Penj@ra Sungai Buloh, berkata, dia sedar ada mereka diluar sana yang tepuk tangan gembira apabila dia berada dalam penj@ra, namun itu tidak membuatkan dia lemah.
"Ramai orang tak tahu, saya masuk penj@ra sebenarnya ramai orang gembira siap bertepuk tangan. Tapi saya akan jadi lebih kuat dan takkan lemah dengan ujian yang sedang saya hadapi," tuturnya.
Disamping itu, Along merancang mahu menghasilkan filem mengenai dirinya tidak lama lagi dimana berkenaan kisah benar tentang dirinya.
"Selain mahu membersihkan nama, saya akan terbitkan filem selepas ini. Cerita itu kisah benar diri saya, sama ada cepat atau lambat nanti sahaja," jelasnya.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment