"Saya menerimanya secara qada dan qadar. Kena berpegang dengan prinsip percaya pada Yang Satu. Setiap peny@kit itu adalah pengh@pus segala d0sa.
"Rahsia selebihnya saya tak tahu, hanya Tuhan saja yang tahu dan apa boleh saya katakan, jambatan atau titian hidup harus saya lalui dengan tabah. Alhamdulillah, keadaan kesihatan saya kini semakin okay.
"Pertama kali s@kit, tidak juga. Sebelum ini pun saya pernah s@kit. Tapi, kali ini ia ada kait-mengait (peny@kit dihidapi). Namun, saya kena terimanya mungkin ada hikmah di sebaliknya.
"Saya pun tak tahu, esok langit akan cerah atau tidak asalkan kita sihat dan saya juga turut mendoakan kepada mereka di luar sana agar berada dalam keadaan yang baik-baik."
Demikian ujar pelakon Datuk Adi Putra, 45, dimana dia menyifatkan ujian mas@lah kesihatan dialaminya akib@t batu karang dan jangk1tan kum@n pada paru-paru itu pasti ada hikmah di sebaliknya daripada Allah.
Walaupun kini sepatutnya berehat sementara daripada bekerja, namun Adi atau nama sebenarnya, Mohamed Hadi Putera Halim berkata, dia enggan berbuat demikian kerana amanah digalas.
Dalam pada itu, mengulas perancangan untuk berehat daripada kerja selepas penggambaran drama 'Sekam Di Dada' yang kini masih berjalan itu selesai, Adi berkata, semua itu bergantung pada jadual.
"Ada juga kerja-kerja yang perlu saya tangguh dan Insya-Allah, akan disambung semula juga. Tapi, tak ada rehat sebab masa rehat saya satu saja nanti selepas menghembuskan nafas terakhir.
"Cuma, ketika ini selagi kita bernafas di dunia, itulah rumusan untuk mencari ilmu dan berusaha. Bukan saja bekerja, tetapi itulah dia faktanya. Saya kini teruskan makan ubat dan jalani pemeriksaan susulan," tuturnya.
Menurutnya, kalau untuk berehat itu memang doktor ada sarankan, cuma amanah kerja yang sudah dipersetujui lebih awal perlu juga diselesaikan sebab kita bekerja secara berpasukan.
"Jujur kata, saya d£gillah. Suruh rehat, saya tak nak rehat. Saya tak boleh mengatakan juga yang saya ini rajin bekerja sebab saya nanti umpama pepatah, mengangkat bakul sendiri.
"Tapi kalau saya tak melaksanakan (bekerja), siapa yang nak melaksanakan ketika penggambaran apabila saya tiada (di set). Jadi, saya memang kena d£gil," kata pelakon filem 'Mat Kilau : Kebangkitan Pahlawan' itu.
Pada Disember tahun lalu, Adi dilaporkan menerima rawatan di sebuah pusat perubatan akib@t jangk1tan kum@n pada paru-paru dan batu karang serta tahap kesihatan dimaklumkan agak lemah serta ditah@n di wad.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment