28 January 2025

"SAMA ADA IKHLAS ATAU TIDAK IKHLAS, KITA TETAP KENA SOLAT JUGA... WALAU J4HIL MACAM MANA SEKALIPUN, SOLAT DULU" - ALLAHYARHAM JOJO, ONE NATION EMCEES (ONE)



"Sebenarnya adalah sangat penting untuk kita semua menjaga ibadat solat walaupun mungkin pada awalnya ia dilakukan dengan tidak ikhlas.
"Orang kata nanti ikhlas dulu baru boleh solat. Tapi, sebenarnya sama ada ikhlas atau tidak ikhlas, kita tetap kena solat juga. Lama-kelamaan Allah akan beri keikhlasan.

"Walau j@hil macam mana sekalipun, solat dulu. Bila kita belajar, suatu hari Allah beri keikhlasan dan Allah juga akan jauhkan kita daripada perkara yang mungk@r."

Itulah tutur bekas anggota One Nation Emcees (ONE), Allahyarham Jojo dalam hantaran video yang dimuatnaik pada 2022 dimana ia memaparkan arwah berkongsi kisah dia mendapat hidayah daripada Allah dan ketenangan diri.

Video penghijrahan Allahyarham Jojo atau nama sebenarnya, Nur Hasan Baias, yang meninggal dunia kelmarin di Masjid Jamek Sri Petaling ketika mengikuti program Ijtimak Dakwah, kembali tular di media sosial.

Allahyarham turut men£gaskan agar kita jangan berasa t@kut memikirkan perjalanan kehidupan kerana Allah akan membantu dan tetaplah yakin kepada Yang Esa dalam segala hal.

"Jangan t@kut, Allah pasti akan buka jalan (rezeki). Macam mana kita berdikari untuk hidup, begitulah juga solat. Alhamdulillah, saya bersyukur mungkin Allah beri hidayah kepada saya pada waktu itu kerana ada kebaikan di dalam diri saya.

"Memang tenang dan bahagia (selepas hijrah). Saya tidak risau lagi soal duit dalam poket. Ada RM5 pun saya sudah gembira. Kalau dulu tak ada RM5,000 sebulan, saya risau," kata Allahyarham yang mula berhijrah mengikuti kumpulan tabligh untuk berdakwah ke jalan Allah kira-kira enam atau tujuh tahun lalu.

Menurut arwah lagi, bagaimana cara kita semua ingin mencari ketenangan dan kebahagiaan dalam kehidupan di dunia adalah dengan cara tidak tinggalkan solat saja.

Terdahulu, Jojo dilaporkan meninggal dunia pada jam 1 petang kelmarin apabila tiba-tiba rebah selepas pembacaan doa penutup program Ijtimak Dakwah disertainya selama tiga hari itu.

Allahyarham yang menetap di Taiping, Perak dan berkhidmat sebagai bilal di Masjid Hanafi, di sana, meninggalkan balu iaitu Siti Rohayu, 38, dan anak perempuan bernama Mariam, 7.

Jenazah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Jalil, kira-kira jam 6.45 petang kelmarin selepas dimandi, dikafan dan disolatkan di Masjid Sri Petaling.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: