28 January 2025

SUDAH HAMPIR 20 TAHUN MEMELUK AGAMA ISLAM - ADAM CORRIE MASIH JALANKAN TANGGUNJGAWAB SEBAGAI SEORANG ANAK



"Alhamdulillah setiap kali raya, saya memang akan pulang jenguk mak dan penuhi apa yang dia perlukan. Cuma sejak dua, tiga tahun kebelakangan ini, mak pun semakin uzur sebab sudah mencecah usia 84 tahun.
"Jadi saya rancang untuk tahun ini, saya akan bawa mak keluar untuk makan besar dan Insya-Allah akan disertai adik saya yang juga beragama Islam dan abang saya."

Ujar pelakon Adam Corrie Lee Abdullah dimana dia masih menjalankan tanggunjgawab sebagai seorang anak, meskipun sudah hampir 20 tahun memeluk agama Islam.

Biarpun berbeza agama, Adam berkata, dia tetap meraikan perayaan Tahun Baharu Cina bersama ibu dan adik-beradiknya

Dalam pada itu, kongsi Adam lagi, dia dapat bersatu semula dengan adiknya yang terpisah sejak 36 tahun lalu dan Tahun Baru Cina kali ini akan lebih bermakna.

Jelas Adam, adiknya sebelum ini diserahkan kepada seorang bidan berbangsa Melayu yang juga kawan baiknya untuk dijaga kerana ibunya tidak mampu berbuat demikian.

"Mendiang ayah ketika hayat adalah seorang tentera dan banyak bertugas di luar negara. Kami pula ada adik beradik seramai 10 orang, saya anak kelima dan adik anak keenam.

"Jadi mak serahkan adik saya kepada bidan itu yang juga kawan baiknya. Namun disebabkan tuntutan tugas, bidan itu dan keluarga kami sama-sama berpisah. Ikutkan awal-awal itu mak dan bidan tersebut ada berhubung, tetapi tidak dapat bertemu kerana jauh," katanya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: