28 January 2025

DEDAH ISTERI SEL£WENG RM100,000 KUTIPAN DERMA - ALONG CHAM DAKWA 'MAK LAMPIR' (AFREENA) JUGA LANGG4R TIGA PERJANJIAN TAKLIK



"Dana dikatakan untuk kegunaan saya, jujur tidak ada. Dana ini tidak sampai kepada saya. Duit digunakan untuk ikat jamin daripada ibu, keluarga dan Didie. Saya juga pelik, ada dalam kalangan selebriti yang beri sumbangan, tapi dana tidak sampai ke tangan saya.
"Dia (Afreena) cakap konon duit dana untuk pembiayaan anak saya. Tapi, anak diuruskan oleh Didie sepanjang saya berada di penjara. Dianggarkan lebih RM100,000 dana terkumpul."

Demikian jelas pelakon Along Cham yang mendakwa isterinya, Afreena Suhaimi menyel£weng dana dikumpulkan untuk membantunya ketika dia ditah@n pihak polis.

Dakwa pelawak itu lagi, isterinya membuka tabung dana untuk kegunaan menguruskannya ketika ditah@n di penj@ra serta penjagaan anak lelakinya, namun dana berjumlah hampir RM100,000 yang dikutip daripada sumbangan orang awam termasuk rakan selebriti itu tidak sampai ke tangannya.

Malah, anaknya iaitu Ahmad Daniel pula diurus dan dijaga oleh pelakon dan pengacara, Didie Alias. Selain itu, Along mendakwa pelakon Aaron Aziz turut menjadi m@ngsa penipuan Afreena sedangkan wang ikat jamin sudah diselesaikan oleh ibunya dan Didie.

"Terbaharu, saya mendapat panggilan daripada abang saya, Aaron yang kini berada di Uzbekistan. Dia ada memberikan kata-kata semangat. Paling meng£jutkan, Aaron memaklumkan isteri ada meminta wang RM20,000, tapi Aaron hanya memberikan RM5,000 kononnya untuk membayar ikat jamin saya.

"Sedangkan wang ikat jamin sudah diselesaikan oleh ibu dan Didie. Saya sudah maklumkan kepada Aaron untuk dapatkan kembali wangnya," dakwa Along yang turut memohon maaf bagi pihak isterinya yang mempergunakan namanya untuk kepentingan sendiri serta memaklumkan ibunya sudah membuat laporan polis.

Sementara itu, Along juga membuat pendedahan meng£jutkan dengan mendakwa isterinya itu telah melangg@r tiga perkara yang dipersetujui dalam perkahwinan yang menyebabkan j@tuhnya lafaz taklik.

Kata Along, dia akan mengesahkan lafaz tersebut di Mahkamah Syariah Sepang, Selangor dalam masa terdekat dan mendatangkan isterinya melanggar lafaz taklik pada tahun lalu.

"Ya, saya akan failkan dan pengesahan lafaz taklik terhadap isteri di Mahkamah Rendah Syariah Sepang sebab alamat rumah saya di bawah mukim Sepang. Memang meng£jutkan semua dan semua ibarat drama yang ada 'pl0t twist'. Jadi, ini tind@kan pertama saya lakukan selepas keluar dari 'madrasah' (penj@ra) semalam.

"Sebelum ke mahkamah untuk failkan pengesahan itu, saya perlu dapatkan beberapa dokumen penting seperti sijil nikah termasuk kad pengenalan saya yang masih pada simpanan 'mak lampir' itu (Afreena).

"Dia langg@r taklik itu beberapa bulan yang lalu iaitu pada tahun lepas. Buat masa sekarang saya tak boleh nak cerita panjang sebab semuanya masih belum selesai. Saya sepatutnya buat pengesahan lafaz taklik di mahkamah pada 16 Disember, tapi saya telah ditah@n pada 14 Disember.

"Kepada netizen, belajarlah agama lebih tinggi sebab lafaz taklik ini tiada kaitan dengan k£s saya ditah@n sebab isu dad@h. Jangan buat penilaian sendiri. Pasangan mana yang berkahwin hendak bercerai. Saya sudah habis sayang rumah tangga dan agak terk£jut sebab dia masih melangg@r juga," katanya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: