"Saya pernah menghilang selama 13 tahun, jadi saya tiada detik istimewa dengan Shuib, jadi bila kami bertemu kembali kami hanya bekerja. Kami pun tak pernah pergi bercuti lagi dan dia juga ada cakap ketika dia berada di Makkah baru-baru ini, alangkah seronoknya dapat pergi bersama saya.
"Dalam hati, saya katakan kalau saya dapat pergi dengan dia, inilah waktu kemuncak persahabatan kami. Ini bukan soal duit. Tapi pasal masa sebab waktu rakaman kami bersama, tapi bila kami tiada rakaman, Shuib sibuk. Dia pun ada keluarga dia sendiri."
Itulah tutur pelawak Mamat Sepah mengenai niat dan hadiah daripada sahabatnya, Shuib untuk membawanya menunaikan umrah di Tanah Suci.
Sebelum ini, Shuib dan Mamat menarik diri daripada bersama ag£nsi umrah sebelum ini, namun kini kedua-dua mereka meluahkan rasa syukur apabila diberi rezeki lagi untuk menunaikan umrah bersama ag£nsi umrah dan pelancongan, Nur Travel & Tours Sdn Bhd.
Shuib yang menandatangani k0ntrak bersama ag£nsi terbabit, berkata, impiannya untuk membawa dan menunaikan umrah bersama sahabatnya, akhirnya tercapai, selain memberitahu, Mamat adalah kawan yang sangat baik dan dikenalinya sebelum mereka bergelar artis.
"Memang saya ada niat nak bawa Mamat menunaikan umrah dengan ag£nsi pelancongan sebelum ini, tapi, ada sedikit mas@lah. Namun saya tak mahu panjangkan lagi.
"Alhamdulillah, kami ada keinginan dan Alhamdulillah, dipertemukan dengan Nuh Travel dan dapat juga bawa Mamat, DJ Khai dan keluarga.
"Terima kasih kepada Nuh Travel kerana percaya dan yakin untuk bawa kami ke Tanah Suci. Harapnya, kali ini dapat pergi dengan baik selepas Aidilfitri.
"Saya sudah berkawan lama dengan Mamat, saya kenal dia sebelum jadi artis lagi saya ada di sini pun sebab kumpulan Sepah, cita-cita saya seorang budak kampung yang nak jadi artis, tapi Alhamdulillah Allah izinkan sampai hari ini.
Klik untuk gambar besar
"Jadi bila dapat bersama dia balik selepas 13 tahun kami 'bercerai' dan ada pers£lisihan faham, saya buat 'p0dcast' dan dia datang dan sekarang kami berjalan dan cari rezeki bersama-sama.
"Saya nampak ada sesuatu yang istimewa antara kami bila kami ke Makkah dan Madinah nanti. Saya pun bukanlah tiada kawan tapi tak ramai yang betul-betul baik sangat sus@h.
"Ini adalah masa untuk persahabatan kami, ialah kami pun sudah masuk 40-an. Betullah orang cakap kehidupan mula pada usia 40 tahun, jadi harap permulaan ini adalah lebih baik buat kami.
"Saya pergi umrah sebelum ini pun bersama keluarga, dan kali ini istimewa sebab saya bersama kawan baik saya. Itulah sebab saya pergi umrah baru-baru ini pada November lalu, saya terlintas dalam hati seronoknya kalau ada Mamat," katanya.
Sementara itu, Mamat yang turut hadir ke sidang media itu, memaklumkan, rezeki ini datang dengan pantas atas rasa prihatin sahabat-sahabatnya antaranya, DJ Khai.
"Kami ucapkan terima kasih kepada Khai. Dalam saat kami bersedih, dia hubungi dan bertanya kenapa. Dia minta masa 10 minit dan maklumkan, kami dapat pergi (umrah) pada Aidilfitri akan datang. Selepas keluar video kami di Instagram, ramai yang menghubungi kami termasuklah Nuh Travel & Tours Sdn Bhd ini," ujarnya.
Terdahulu, Shuib dan Mamat memuat naik video mengenai penarikan diri daripada menunaikan umrah bersama ag£nsi sebelum ini di Instagram.
Penarikan diri itu dibuat selepas muncul pelbagai mas@lah yang diluahkan oleh orang awam yang pernah menjadi m@ngsa penipuan sebuah ag£nsi umrah dan pelancongan.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment