02 January 2025

DIPENJARA 6 BULAN DI JEDDAH - PELAWAK POPULAR MUNGKIN DIBEBASKAN AWAL JIKA BERKELAKUAN BAIK



Atas kesalahan memiliki dadah jenis ganja, pelawak popular yang ditahan di Jeddah, Arab Saudi pada Oktober lalu difahamkan kini sedang menjalani hukuman penjara selama enam bulan di negara berkenaan.
Menerusi laporan Berita Harian, hukuman berkenaan dijatuhkan ketika perbicaraannya November lalu.

Kata sumber, jika berkelakuan baik, pelawak tersebut mungkin akan dibebaskan lebih awal.

"Berdasarkan penghakiman, dia dijangka selesai menjalani hukuman penjara itu pada April ini," kata sumber.

Sebelum ini, Kedutaan Besar Malaysia di Riyadh mengesahkan penahanan seorang rakyat Malaysia di Jeddah, selepas disyaki terbabit memiliki dadah jenis ganja, namun identitinya tidak didedahkan.

Sejak penahanannya, Kedutaan Besar Malaysia dan Konsulat Jeneral Malaysia di Jeddah memberikan bantuan konsular kepada pelawak tersebut.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: