02 January 2025
RUMAH TANGGA DIDAKWA BERGOLAK - UCAPAN ROMANTIS SUAMI HELIZA HELMI LERAIKAN SP£KULASI
"Alhamdulillah, hari ini (semalam) genap tiga tahun kita melayari bahtera perkahwinan bersama. Setiap detik bersamamu adalah nikmat yang tidak pernah henti aku syukuri kepada Allah.
"Kehadiranmu dalam hidupku adalah tanda kasih sayang Allah yang terbesar buatku. Engkaulah bidadariku di dunia ini, penyejuk mata, dan pelengkap separuh agamaku.
"Aku berdoa agar cinta kita sentiasa diberkati, diredhai dan dipimpin oleh Allah menuju syurgaNya. Semoga Allah terus menguatkan cinta kita, mengurniakan ketenangan dalam rumah tangga kita dan menjadikan kita pasangan yang saling menguatkan di jalan-Nya.
"Selamat ulang tahun perkahwinan yang ketiga, Aku mencintaimu kerana Allah dan semoga perjalanan kita ini kekal hingga ke akhir hayat dengan limpahan rahmat dan kasih sayangNya."
Demikian ucapan romantis yang ditulis suami kepada penyanyi dan aktivis kemanusiaan, Heliza Helmi iaitu Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman sempena ulang tahun ketiga perkahwinan mereka semalam.
Perkongsian ucapan itu sekaligus meleraikan sp£kulasi rumah tangga mereka sedang berg0lak selepas sebelum ini timbul dakwaan rumah tangga mereka dikatakan berantakan.
Sementara itu, menerusi ruangan komen, Heliza telah meluahkan rasa terharu dengan ucapan istimewa suaminya itu dan sempat bergurau dengan bertanyakan berapa lama tempoh suaminya itu menyediakan ucapan tersebut.
"Masya-Allah. Terkedu, terkejut, terharu dengan ucapan. Berapa hari agaknya mengarang. Apapun selamat hari kita moga sampai Jannah. Amin terima kasih untuk semuanya," kata Heliza yang mendirikan rumah tangga dengan Mahadi yang juga seorang usahawan pada 1 Januari 2022.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
No comments:
Post a Comment