02 January 2025

"HARAPAN SAYA AGAR TIDAK LAGI BUJANG PADA 2025" - HANS ISAAC INGIN MEMBINA KELUARGA SENDIRI



"Gembira untuk mengucapkan selamat tinggal kepada 2024 dan selamat datang 2025 dengan permulaan yang segar. Saya ingin keluar dari zon selesa dan memberi ruang untuk pengembaraan serta orang baharu dalam hidup saya.

"Ini termasuk kesihatan, keluarga, rakan-rakan dan harapan saya agar tidak lagi bujang pada 2025. Saya perlu melepaskan masa lalu dan memiliki pemikiran yang lebih segar. Saya juga ingin membina keluarga saya sendiri.

"Saya akan berusaha lebih dan tidak lagi menyembunyikan diri di sebalik kerja seperti beberapa tahun kebelakangan ini. Tahun 2025 akan melihat Hans yang lebih santai.

Klik untuk gambar besar

"Saya selalu menjadi seorang yang suka memberi dan berusaha membahagiakan orang lain, tetapi kali ini saya ingin lebih fokus untuk membahagiakan diri sendiri. Saya tidak akan membiarkan orang lain mengambil kesempatan ke atas saya lagi."

Itulah kata pelakon yang kini terbabit dalam bidang korp0rat, Datuk Hans Isaac, 53, menerusi perkongsian di InstaStory, dimana dia berharap kehadiran tahun baharu 2025 akan membawa tuah kepada dirinya dan tidak lagi berstatus solo.

Hans yang kini memegang jawatan sebagai Pengerusi Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) itu juga ingin memulakan tahun baharu dengan lebih berani dan mengenali orang baharu dalam hidupnya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: