"Kes@kitan ini buat aku berfikir. Setiap nafas, setiap detik, semua pinjaman dari Allah. Dan dalam sus@h ini, aku nampak kasih sayang Allah, melalui isteri aku yang tak pernah penat menjaga.
"Maha hebat Allah, tak pernah tinggalkan hamba-Nya walau sekejap. Mungkin ada yang baca ini tengah rasa berat juga. Tapi percayalah, di sebalik ujian, ada kasih sayang Allah yang kita tak nampak.
"Cuba cari, cuba rasa. Sebab setiap luk@, setiap s@kit, ada pelajaran yang Dia nak ajar. Doakan aku cepat sembuh, dan kalau ada masa, peluk orang yang kau sayang hari ini. Sebab kita tak tahu, berapa banyak hari lagi Allah bagi peluang macam ni."
Klik untuk gambar besar
Dalam pada itu, Saharul turut berkongsi rasa duk@ apabila terpaksa meraikan sambutan ulang tahun kelahiran isterinya, Qaabila Deena Emir Mohamed Akif Emir di hospital kerana kesihatannya terg@nggu.
Saharul yang berkongsi perkara itu menerusi hantaran di Instagram, meluahkan rasa simpati dan tersentuh melihat isterinya yang terpaksa berulang alik ke hospital untuk menjaganya dan pada masa sama menjaga anak-anak.
"Hari ini (semalam) hari jadi isteri aku. Kesian dia, ulang-alik jaga aku kat hospital sambil uruskan anak-anak di rumah. Sebagai suami, hati ini rasa berat, sebab dia layak sambut hari ini dengan senyuman dan rehat, bukan dengan beban tambahan.
"Tapi aku sedar, Allah bagi aku peluang untuk nampak betapa kuat dan ikhlasnya dia," tulisnya yang mendirikan rumah tangga bersama Qaabila Deena Emir pada 16 September 2016 dan dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Muhammad Luth Ali, Fateema Azzahra dan Khadijah Alkubraa.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment