13 January 2025

AMEERA KHAN MINTA JANGAN NILAI DARI LUARAN : "DULU BERCINTA DENGAN ORANG YANG DIKATAKAN BAIK PADAHAL PERANGAI MACAM S*TAN"



"Mama dan daddy akan restu siapa sahaja yang saya pilih, asalkan dia membuatkan saya bahagia dan rasa selamat. Jangan runsing tentang saya dan keluarga saya sebab Alhamdulillah, ramai yang jaga dan pantau saya.

"Dulu bercinta dengan orang yang dikatakan baik padahal perangai macam s*tan. Baik depan, s*tan di belakang. Yang sebelum ini bukan s*tan tapi perangai macam ibl*s. Tapi luaran orang tengok baik. Itulah, jangan mudah menilai orang.

"Jadi lebih baik tunjuk sahaja apa yang pernah awak buat dan apa yang tidak pernah, biar saya tahu. Kalau okey, saya akan terima. Jangan berpura-pura," kata pemp£ngaruh media sosial, Ameera Khan menerusi satu video.

Sebelum ini, adik kepada selebriti terkenal, Noor Neelofa itu berharap hubungannya dengan pelakon Indonesia, Jefri Nichol akan kekal selamanya.

Klik untuk gambar besar

Jelas Ameera, keluarga tidak pernah menghalang hubungannya dengan sesiapa, asalkan lelaki itu boleh membahagiakannya.

Ini kerana bagi Ameera, restu ibu bapa menjadi keutamaan, namun mereka memberikan kebebasan dalam memilih pasangan hidup.

Sementara itu, Ameera turut meminta netizen supaya tidak menilai seseorang itu dari segi luaran kerana sebelum ini dia pernah bercinta seseorang yang dikatakan baik namun berperangai tidak baik.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: