23 January 2025

"INI BUKAN MAHRAM... MEREKA CAKAP SAYA ANAK ANGKAT" - SAIFUL APEK KONGSI KISAH RAHSIA KELUARGA TERBONGKAR SELEPAS DIHALANG CIUM JENAZAH IBU



"Bila saya nak cium (ibu angkat) ada suara bersuara dekat dalam ramai-ramai orang tu cakap tak boleh. Dia macam dalam mimpi bila orang cakap tak boleh.
"Ini bukan mahram mereka cakap, saya terkedu dekat situ, mereka cakap saya anak angkat, umur 21 tahun. Saya k0yak, tapi saya tak peduli, saya tarik juga saya cium juga, ini ibu saya."

Demikian kata ahli kumpulan pelawak lagenda, Saiful Apek menerusi temu bual bersama Dol's P0dcast, dimana dia berkongsikan perkara meng£jutkan apabila mengetahui dirinya merupakan anak angkat pada hari pemergian ibunya.

Akui Saiful Apek, dia terkedu dengan kenyataan tersebut apabila dilarang mencium jenazah ibunya, namun dia bert£gas mahu mencium arwah ibunya itu walaupun dilarang.

Jelasnya lagi, rahsia keluarga itu terbongkar ketika usianya 21 tahun dimana dia diambil oleh ibu angkatnya ketika usia kurang seminggu dan dia tidak disusukan.

"Dalam umur seminggu ibu angkat saya mula jaga saya. Saya tak sempat disusukan kerana ibu angkat saya ni tak pernah melahirkan kerana dia memang tak boleh melahirkan," tuturnya.

Perkongsian Saiful Apek itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang sebak mendengar pendedahan pelawak itu.

Tidak kurang juga, ada netizen memberitahu yang hidup dibenarkan untuk cium mereka yang m@ti walaupun bukan mahram.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: