Selepas hampir dua tahun mendirikan rumah tangga bersama Watie Hanifiah, pelawak Shuib memberitahu, dia sedia menimang anak sulung bersama isterinya itu.
Kongsi Shuib, dia meluahkan hasrat tersebut ketika menunaikan umrah pada tahun lalu dan baginya sudah tiba masa untuk menambah anak.
"Sebenarnya benda ini terjadi ketika kami pergi umrah baru-baru ini. Watie pada awalnya t@kut nak bagitahu saya yang dia mahu anak.
"Jadi ketika umrah itu, saya yang buka mulut cakap untuk mahukan anak, Watie adalah manusia paling gembira pada masa itu.
Klik untuk gambar besar
Disamping itu, Shuib berkata, dia mahu menambah anak bukan hanya sebagai simbolik perkahwinannya bersama Watie, namun ia bagi mengeratkan lagi ikatan antara Watie bersama anak-anaknya pada masa mendatang.
"Saya fikir yang semua anak itu adalah anak tiri kepada Watie. Jadi kalau apa-apa berlaku pada masa depan, tidak ada ikatan yang boleh ikat Watie dengan anak-anak saya.
"Kalau kata saya tiada nanti, anak-anak boleh sahaja menjauh dengan dia, tetapi kalau ada anak (bersama Watie), mereka (anak-anak) boleh rapat dengan adik baru," ujarnya.
Untuk makluman, Shuib pernah berkahwin dengan Allahyarham Siti Sarah Raissuddin. Namun, penyanyi itu meninggal dunia pada 9 Ogos 2021 akib@t C0V1D.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat orang anak iaitu Uwais Alqarni, Dzahira Talita Zahra, Ariq Matin, dan Ayash Affan.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment