Semua sedia maklum mengenai 'kehilangan' seorang lagi anggota Senario iaitu Yassin dimana namanya menjadi sebutan selepas tular berita penah@nan seorang pelawak yang merupakan rakyat Malaysia di Jeddah, selepas disyaki terbabit memiliki dad@h jenis g@nja.
Berhubung itu, Senario yang terdiri Wahid Mohamad, Lan Pet Pet, Azlee, Saiful Apek dan Ilya, bagaimanapun memilih untuk 'mengunci mulut' daripada menjawab isu tersebut.
Kata Wahid, mereka tidak mempunyai jawapan terhadap pertanyaan ini, selain memberitahu, Senario ada keistimewaannya iaitu selepas habis saja kerja, masing-masing kembali ke dunia sendiri.
"Saya sendiri pun t@kut nak cakap apa-apa sebab benda ini. T@kutlah nak cakap benda yang bukan-bukan sebab kita sendiri pun tak tahu apa-apa.
"Saya tinggal di Ipoh, manakala yang lain-lain tinggal di Kuala Lumpur. Jadi, saya tak tahu apa-apa. Yang saya tahu, mereka akan hubungi saya beritahu ada 'job' dan kena datang ke Kuala Lumpur.
"Dari awal saya tak tahu di mana dia (Yassin). Kami hanya berhubung menerusi kumpulan sembang WhatsApp mengenai soal kerja saja.
"Jadi, bila kerja sekali dan melepak pun sekali, itu yang jadi mas@lah. Kami kekal dengan apa yang ada.
"Berkenaan hal Yassin, mungkin dia banyak duit dan duduk diam, manakala kami tetap pergi 'show' (persembahan)," katanya.
Sementara itu, Lan Pet Pet atau nama sebenarnya, Mazlan Ahmad, pula meminta maaf kerana tidak suka bercerita hal orang lain.
"Bukan tak tahu saya. Kalau cerita perkembangan Senario okeylah, tapi kalau buka aib orang, Allah akan buka a1b kita 10 kali ganda. Setiap benda atau ujian yang Allah bagi pada kita semua, ada rezekinya," ujarnya.
Terdahulu, media melaporkan, Kedutaan Besar Malaysia di Riyadh, Arab Saudi mengesahkan penah@nan seorang rakyat Malaysia di Jeddah, selepas disyaki terbabit memiliki dad@h jenis g@nja namun tidak mendedahkan identitinya.
Pelawak itu dilapor sedang menjalani hukvman penj@ra selama enam bulan di negara itu. Hukvman berkenaan dij@tuhkan ketika perbicaraannya, November lalu.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment