18 January 2025

"NABIL TAK TAHU GUNA MEDIA SOSIAL, MALAH INSTAGRAMNYA PUN SAYA PEGANG" - ISTERI NABIL JELAS VIDEO TAK BERTUDUNG ITU VIDEO LAMA



"Instagram selalunya ada keluarkan gambar lama (throwback), tapi tak tahu macam mana Nabil termuat naik tanpa sengaja. Itu video lama, jadi saya enggan bercakap sebab risau nanti akan panjang isunya. Orang akan menambah perkara lain pula.

"Nabil tak tahu menggunakan media sosial, malah Instagramnya pun saya pegang. Saya dah cakap pada Nabil jangan baca komen netizen," ujar isteri kepada pelawak, pelakon dan pengacara, Nabil Ahmad iaitu Nazirah Ayub berhubung video yang tular sebelum ini dimana ia memparkan dia tidak bertudung.

Jelas Nazirah atau Zira, video berkenaan adalah rakaman lama yang pernah dimuat naik di Instagram Story sebelum dia melakukan penghijrahan menutup aurat.

Klik untuk gambar besar

Disamping itu, Zira berkata, kekhilafan suaminya menggunakan media sosial menjadi punca videonya tanpa mengenakan tudung tersebar sehingga menjadi bualan ramai, tahun lalu.

Dalam pada itu, Nabil mengakui, apa yang berlaku berpunca dari kesil@pannya dan dia mengambil iktibar daripada apa yang berlaku.

"Saya akan lebih berhati-hati menggunakan media sosial kerana risau anak-anak terkena tempias atas kesil@pan dilakukan," katanya.
Pada 5 November lalu, nama isteri Nabil ini hangat diperkatakan apabila video yang memaparkan dia berada di luar negara bersama suaminya itu dilihat tidak bertudung dan hanya memakai topi berwarna hitam di kepala sambil menikmati minuman, mengundang perhatian ramai di media sosial.

Video yang dikongsikan di Instagram Story itu juga memperlihatkan rambut Zira yang panjang sehingga paras dada berwarna keperangan.

Untuk makluman, Pasangan ini berkahwin pada 30 September 2011 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Naira Mikayla, 13; Layla Medyna, 10; dan Mishall Imani yang kini berusia enam tahun.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: