"Saya memang buat IVF. Saya dah buat proses itu dan keluarkan telur iaitu tiga lelaki dan dua perempuan yang sepatutnya dimasukkan pada saya pada 2023. Kita buat proses ini semasa pand£mik C0V1D pada 2021. Saya juga kena C0V1D dua, tiga kali, saya ada gastrik yang teruk dan pedih ulu hati (gerd) jadi saya putuskan untuk buat pemb£dahan bari@trik.
"Untuk proses IVF, semua okay maksudnya Tok Ram tiada mas@lah dan saya juga tiada masalah. Semua okay. Sebenarnya saya tidak mandul dan pernah keguguran pada 2019. Cuma saya tak pernah ceritakan benda ini."
Demikian dedah penyanyi Datin Alyah dimana dia memaklumkan pernah mencuba mendapatkan zuriat menerusi rawatan persenyawaan in-vitro (IVF) sebagai penyeri rumah tangganya dengan Datuk Ramli MS atau Tok Ram.
Menurut Alyah atau nama sebenarnya, Noor Hasliah Abu Hasan, 44, dia sudah melakukan proses menyimpan lima telur sebagai persediaan, namun terpaksa dilepaskan atas nasihat doktor. Tambahnya lagi, dalam proses melakukan persenyawaan, doktor menasihatkan agar menunggu dulu kerana semasa pand£mik agak beris1ko sekiranya hamil.
"Saya tunggu dan dalam tempoh itu gastrik dan gerd saya makin teruk hingga saya putuskan buat bari@trik. Saya boleh ambil semua jenis makanan dan minuman. Tapi nutrisi dalam badan saya kurang kerana saya makan kadar sedikit. Jadi kalau teruskan proses itu kemungkinan anak saya mengalami kecac@tan.
Klik untuk gambar besar
"Tok Ram sendiri bimbang dengan saya kerana proses IVF itu sangat meny@kitkan dan ris1ko akib@t peny@kit saya juga besar. Walaupun sedih, saya akur. Bukan mudah untuk membatalkan proses IVF terbabit kerana kos yang kami keluarkan juga mencecah hampir RM100,000. Tetapi, saya percaya aturan Allah itu maha hebat, kita manusia hanya mampu merancang," tuturnya yang pernah berdoa agar dikurniakan anak ketika mengerjakan umrah pada 2023.
"Saya buat program Confession Bilik Gelap dan selepas keluar studio, menerima panggilan daripada saudara terdekat yang mahu menyerahkan seorang bayi. Saya mulanya fikir nak bantu bayi ini dari segi kos perubatan saja.
'Bayi ini pula mulanya nak diberikan kepada orang lain tapi ada masalah. Ia memang ditakdirkan untuk saya. Mungkin ini berkat doa ketika saya menunaikan umrah sebelum itu," jelas Alyah yang berkata, dia tidak pernah merancang untuk mengambil anak angkat kerana merasakan bukan mudah untuk memeliharanya.
"Saya tak pernah rancang 2024 atau 2025 nak ambil anak angkat. Tapi kehadiran Zara (Nur Izzara) ini secara tiba-tiba. Dua hari lahir, selepas itu diserahkan kepada saya. Zara sekarang dah berusia sembilan bulan dan dah tumbuh gigi. Keadaannya kira lain pada saya. Sebelum ini saya berjalan keluar dari Kuala Lumpur dan dua tiga hari baru balik rumah. Sekarang dah tak boleh buat begitu kerana nak cepat balik rumah kerana rindukan Zara," ujarnya.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment