"Sepatutnya dia (Cico) yang kena menjaga saya sebab dah besar dan berusia, tetapi Allah berkehendak sebaliknya. Untuk itu, saya perlu tunjukkan diri ini sebagai seorang wanita dan ibu yang hebat kepadanya.
"Saya juga sekarang banyak menghabiskan masa di rumah saja untuk menjaga Cico yang tidak sihat dan memerlukan perhatian serta sokongan moral untuk dia terus bersemangat."
Itulah jelas penyanyi dan pelakon era 1970-an, Uji Rashid dimana dia tidak mahu menangis lagi, sebaliknya ingin terus menjadi wanita dan ibu yang kuat untuk anak lelaki tunggal kesayangannya, Cico Harahap, 47, yang ketika ini kurang sihat.
Dalam pada itu, Uji atau nama sebenarnya, Fuziah Haroun Al Rashid berkata, dia sudah melalui kepayahan sebagai seorang ibu sejak Cico dilahirkan dan reda masih perlu menjaga anaknya itu walaupun sudah meningkat usia.
Disebabkan mahu menjaga anaknya itu, penyanyi lagu 'Kali Terakhir Ku Lihat Wajahmu' ini sanggup menyepi sekali gus tidak aktif menyanyi lagi demi memastikan penjagaan Cico lebih terurus di rumah.
"Saya menyepi dan tidak menyanyi lagi sekarang sebab nak menjaga Cico yang masih tidak sihat. Bagi saya, anak adalah amanah daripada Tuhan kepada saya walaupun dia sudah besar dan sepatutnya yang menjaga saya.
Klik untuk gambar besar
"Saya reda sebab semua ini kuasa Tuhan." ujar penyanyi yang mendapat jolokan 'bersuara manja' ini dimana dia terus berdoa supaya kekal sihat untuk menjaga Cico dan dapat memberi semangat p0sitif kepada anaknya untuk kuat melaw@n kes@kitan dihidapi.
Pada April tahun lalu, media melaporkan Cico yang pernah aktif sebagai pelakon sebelum ini disahkan menghidap mas@lah jantung sehingga terpaksa dimasukkan ke wad di sebuah pusat perubatan untuk rawatan.
Selain itu, Cico juga bapa tunggal seorang anak perempuan ini pernah didakwa berhadapan mas@lah kesihatan akib@t sih1r sehingga menyebabkannya tidak boleh bercakap.
Baru-baru ini, Uji menerima anugerah Nona Legend pada acara Malam Penghargaan Nona Superwoman Awards 2024 yang disampaikan Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin kepadanya di sebuah hotel di Petaling Jaya.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment